Toyota Tundra 2022 bakal guna platform TNGA-F, enjin V6 iForce Max serba baharu

oleh Mohamad Hanif|
Di pasaran Amerika Syarikat, Toyota mempunyai 'Hailak' yang tersendiri untuk melawan trak pikap yang paling popular, iaitu Ford F-150.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

'Hailak' yang dimaksudkan itu merupakan Toyota Tundra dan syarikat automotif Jepun itu sedang mempersiapkan diri untuk melancarkan generasi ketiga trak pikap bersaiz penuh itu tidak lama lagi.

Dalam satu teaser ringkas, Toyota memperlihatkan gambar pelindung enjin yang memaparkan tulisan iForce Max, berkemungkinan besar enjin generasi baharu berkuasa V6 bagi menggantikan enjin V8 sedia ada.

Menurut laporan daripada MotorTrend, naib presiden eksekutif Toyota Amerika Utara memberitahu bahawa Tundra generasi baharu bakal ditawarkan dengan dua enjin serba baharu.

 


Salah satu daripadanya merupakan enjin 'aras mula' yang menawarkan kuasa yang lebih tinggi berbanding enjin 5.7 liter V8 (381 hp/544 Nm), sementara trenkuasa kedua pula berkemungkinan besar merupakan enjin hibrid atau plug-in hybrid.

Trak pikap Tundra generasi baharu ini dikatakan bakal dibangunkan atas platform TNGA-K, pelantar yang sama digunakan pada model Land Cruiser yang baharu sahaja dilancarkan tempoh hari.

Di dalam perut Land Cruiser baharu itu, ia didatangkan dengan enjin 3.5 liter bentangan V6 yang menghasilkan 409 kuasa kuda dan 650 Nm. Jadi berkemungkinan besar enjin yang sama bakal dimuatkan pada Toyota Tundra baharu.

 


Teaser pertama Tundra 2022 telah pun diperlihatkan pada bulan lalu yang menampakkan rekaan bahagian hadapan trak tersebut.

Antara ciri yang diperlihatkan termasuklah hud berlekuk, unit lampu utama berbentuk L, bar lampu tambahan serta terdapat lampu penanda yang diletakkan pada bahagian gril hadapan.

Tiada sebarang tarikh muktamad pelancaran didedahkan oleh Toyota buat masa ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…