Toyota tubuhkan GR dan GR Garage - Mahu wujudkan budaya kereta menyeronokkan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota tubuhkan GR dan GR Garage - Mahu wujudkan budaya kereta menyeronokkan
Toyota tubuhkan GR dan GR Garage - Mahu wujudkan budaya kereta menyeronokkan
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perasan tidak kebelakangan ini Toyota mula tampil dengan kempen dan penjenamaan menyeronokkan? Sebagai contoh Festival Gazoo Racing dan Toyota Vios Sports Edition.

Dua perkara tersebut adalah suatu yang janggal buat Toyota sejak sekian lama apatah lagi memasarkan Vios dengan suspensi boleh laras seperti pada Sports Edition. Selain itu di peringkat global, Toyota kembali ke Kejuaraan Rali Dunia (WRC) pada masa pengeluar lain meninggalkannya.

Kesemua ini adalah selari dengan hasrat Presiden Toyota Motor Corporation (TMC), Akio Toyoda bagi menghasilkan bukan sahaja kereta yang sempurna dari A ke B tetapi juga menyeronokkan.

 

Toyota tubuhkan GR dan GR Garage - Mahu wujudkan budaya kereta menyeronokkan

 

Tampil serius, Toyota melancarkan sub jenama GR di pasaran Jepun dengan beberapa barisan produk awalan. GR merujuk kepada GAZOO Racing dan ia adalah sebahagian daripada misi Toyota menghasilkan kereta lebih baik (ever-better cars).

Bagi mencapai misi tersebut, TMC telah melatih staf mereka dalam beberapa acara perlumbaan seperti perlumbaan 24 Hours of Nürburgring di Jerman dan Kejuaraan Rali Jepun.

Hasil dari kutipan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam acara perlumbaan maka lahirlah varian GR Toyota yang sedikit sebanyak dilihat mampu mengubah imej dan persepsi Toyota sebagai produk membosankan.

 

Toyota tubuhkan GR dan GR Garage - Mahu wujudkan budaya kereta menyeronokkan

 

Walaupun baru diumumkan secara rasmi, TMC telah melancarkan Yaris GRMN dalam unit terhad beberapa bulan sebelum ini iaitu pada Mac di Eropah. Pada masa akan datang, TMC mahu melancarkan barisan kenderaan GR ke beberapa pasaran antarabangsa secara berperingkat dan secara peribadi, ia sangat dialu-alukan.

Berikut ialah ringkasan maklumat mengenai GR:

  • Di Jepun, varian dan produk G's memainkan peranan penting dalam menyuntik elemen keseronokan dalam budaya naik taraf dan modifikasi kereta. Varian G's boleh dilihat pada Toyota Vellfire dan Harrier yang diimport masuk secara bebas ke pasaran tempatan.
  • Selepas ini, tiada lagi varian dan produk G's kerana ia dijenama semula sebagai GR
  • Hasrat TMC ialah supaya ia dapat menghidupkan budaya menikmati kereta melalui pengalaman pemanduan menyeronokkan
  • Untuk ini, TMC melancarkan tiga versi, GRMN untuk produk naik taraf paling tinggi, GR untuk pertengahan manakala GR SPORT pula untuk versi asas
  • Kenderaan GRMN merangkumi naik taraf enjin dan dalam unit terhad manakala GR pula dikeluarkan secara besar-besaran dengan elemen GRMN. GR SPORT pula untuk kebanyakan model termasuk van mini dan menawarkan pengalaman pemanduan sport secara kasual
  • GR PARTS pula untuk mereka yang mahu menaik taraf kenderaan Toyota secara bebas

Berikut pula ialah barisan model GR yang boleh didapati di Jepun (atau pasaran tempatan jika dibawa masuk oleh pengimport bebas):

  • GR dan GR SPORT - Vitz
  • GR SPORT - Prius PHV, Harrier, Mark X, Voxy, dan Noah
  • Vitz GRMN, 86 GR, Aqua GR Sport, dan Prius α GR SPORT pada masa akan datang
  • Vitz GRMN pada tahun 2018 manakala 86 GR, Aqua GR Sport dan Prius α GR SPORT pula dalam masa beberapa bulan lagi

Hadir dengan lebih serius dan mahu benar-benar membudayakan budaya kereta (car culture), TMC akan membuka GR Garage dengan matlamat berikut:

  • Mewujudkan kedai kereta atau bengkel yang mana peminat kereta akan sentiasa mahu kembali semula 
  • Pembangunan sumber manusia yang disukai oleh penggemar kereta
  • Memberikan akses kepada pengalaman pemanduan yang membuatkan peminat kereta sentiasa mahu lebih daripada itu

 

Toyota tubuhkan GR dan GR Garage - Mahu wujudkan budaya kereta menyeronokkan

 

Pelan komprehensif dari TMC ini yang merupakan syarikat top dan gergasi di dunia ibarat suatu mimpi. Tetapi nampaknya TMC benar-benar serius mahu membudayakan kembali kecintaan terhadap kereta di kala generasi baharu hanya melihat objek beroda empat ini sebagai pengangkutan semata-mata.

Semoga sukses dan menjadi ikutan pengeluar lain.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…