Toyota tolak kemungkinan model GR Yaris Cross

oleh Mohamad Hanif|
Toyota seperti mana yang kita maklum sedang giat untuk meluaskan penawaran varian berprestasi tinggi Gazoo Racing (GR), dimulakan dengan GT Supra, GR Yaris, dan beberapa model akan datang seperti GR Corolla serta GR 86.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, dengan adanya GR Yaris, adakah Toyota akan menawarkan spesifikasi yang serupa untuk model crossover Yaris Cross?

Hal ini diajukan oleh pengamal media Australia yang berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat model Yaris Cross baru-baru ini.

 


Menurut ketua pemasaran Toyota Australia, Sean Hanley berkata, "walaupun kami amat gembira untuk membawakan anda model GR Yaris pada bulan hadapan, setakat ini tiada perancangan yang saya ketahui untuk model GR Yaris Cross.

Jika benar model GR Yaris Cross menjadi kenyataan, ia bakal memberikan saingan terus kepada model Hyundai Kona N dan Volkswagen T-Roc R, dibantu dengan nadi tiga silinder sebaris 1.5 liter turbo yang menghasilkan 257 hp dan 360 Nm diambil secara terus dari GR Yaris.

Dengan bantuan sistem pacuan semua roda dan transmisi manual, GR Yaris mampu memecut sepantas 5.5 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 230 km/j.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…