Toyota terpaksa lupakan sistem Just-In-Time kerana masalah cip

oleh HEZERI SAMSURI|
Kita boleh katakan bahawa industri automotif memang menggunakan cara Toyota di dalam proses pembuatannya.

Proses Just-In-Time bermaksud syarikat kenderaan tidak perlu menyimpan stok komponen yang terlalu banyak. Vendor atau pembekal komponen cuma perlu menghantar ke kilang jumlah komponen yang diperlukan dan jumlah itu berkaitan dengan perancangan pemasangan mereka.

Namun begitu, pandemik Covid-19 telah mengubah segalanya dan masalah bekalan cip menyebabkan proses Just-In-Time terpaksa ditukar.

Baru-baru ini, Toyota telah meminta pembekal cip mereka untuk meningkat stok dari tiga bulan kepada lima bulan.

Ini bukan kali pertama Toyota mengubah sistem pembekalan mereka kerana ia pernah berlaku semasa tragedi gempa bumi dan tsunami di Jepun dalam tahun 2011.

Nissan Motor juga sedang memikirkan cara yang sama dengan meningkatkan bekalan semikonduktor mereka dari sebulan kepada lebih dari tiga bulan. Suzuki Motor turut meminta stor komponen mereka untuk menyimpan stok berlebihan.

Masalah Covid-19 yang melanda dunia ini dan juga kerakusan industri automotif untuk bertukar kepada kenderaan elektrik adalah antara punca utama perubahan dalam pelbagai aspek pembuatan kenderaan berlaku dan masing-masing giat untuk mencari penyelesaian secepat mungkin.

Jika Malaysia tidak mahu bergerak pantas, peluang-peluang yang wujud akan lari ke negara-negara jiran.

* Laporan asal dari Nikkei Asia

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Idea Yang Bermula 30 Tahun Lalu     Menurut Toyota, idea pembinaan Shimoyama sebenarnya sudah…
Berita Global
  Pada Mac, media Jepun melaporkan Toyota akan mengurangkan pengeluaran kenderaan bagi pasaran…
Berita Global
Melalui inisiatif GR Heritage Parts yang bermula sejak 2019, pengeluar gergasi Jepun itu telah…