Toyota terpaksa henti produksi di dua kilang Jepun akibat krisis cip semikonduktor

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif Toyota nampaknya turut terkesan dengan krisis kekurangan bekalan mikrocip semikonduktor sehinggakan terpaksa menghentikan sementara produksi di dua kilang utama Jepun bermula bulan hadapan.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Toyota mengesahkan penangguhan sementara operasi pemasangan di tiga barisan produksi - satu daripadanya bertanggungjawab memasang model C-HR selama lapan hari diikuti barisan produksi Yaris dan Yaris Cross selama lima hari bermula 7 Jun.

Sebuah lagi barisan poroduksi di fasiliti Miyagi yang turut memasang Toyota Yaris Cross akan turut dihentikan selama tiga hari pada tarikh yang sama.

Ini merupakan kali pertama Toyota terpaksa menghentikan sementara produksi domestik akibat kekurangan cip semikonduktor.

Masalah ini tidak akan selesai dalam tempoh yang singkat, memandangkan ramalan daripada AlixPartners mencadangkan ia akan mengakibatkan produksi global berkurangan 3.9 juta, dengan kos kira-kira $110 bilion.

Punca kekurangan bekalan semikonduktor ini adalah disebabkan kurangnya permintaan terhadap industri automotif pada awal tahun 2020, dan peningkatan permintaan yang tinggi terhadap barangan elektronik.

Sumber: Nikkei Asia Review

Berita Berkenaan

Berita Global
  GR86 2025 mempunyai rasa hubungan dengan jalan raya, tindak balas stereng dan kelinearan lebih…
Berita Domestik
Peratusan yang luar biasa ini menunjukkan sokongan dan semangat yang semakin meningkat untuk acara…
Berita Domestik
Menerusi senarai yang dipaparkan oleh JPJ pada hantaran Facebook, kenderaan Mercedes-Benz…