Toyota tawar program "86 Refresh Service" di Jepun untuk generasi pertama GT86

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, para pemilik kereta sports coupe Toyota GT86 boleh mendapatkan program kilang khas yang dinamakan sebagai "86 Refresh Service" bertujuan untuk menjadikan aspek prestasi kereta mereka baru seperti mula-mula keluar kilang tahun 2012.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat lima pakej yang ditawarkan di bawah program tersebut, memfokuskan kepada trenkuasa, pelekap getah, getah bush suspensi, penyerap hentak dan sistem brek.

Untuk bahagian trenkuasa, pihak Toyota akan melakukan proses pembersihan menyeluruh serta menggantikan komponen yang lush pada sistem pencucuhan.

Dengan kos sekitar ¥121,000 (RM3,973), program ini akan menjadikan respons pendikit yang lebih baik, serta menjadikan prestasi enjin seperti asal.
 

GT86

 

Pemilik juga boleh mendapatkan program penukaran pelekap getah (kos ¥99,000 atau RM3,251) untuk bahagian enjin, kotak gear, pembeza dan peredam bagi mengurangkan kesan gegaran dan menjadikan operasi klac yang ditambah baik.

Untuk menjadikan pengendalian seperti sebuah kereta baharu, pemilik boleh menukar getah bush suspensi (¥122,100 atau RM4,009), serta menggantikan keempat-empat penyerap hentak kepada yang baharu (¥163,900 atau RM5,382).

Akhir sekali, pihak Toyota akan melakukan penggantian pada sistem brek termasuklah angkup, rotor brek, serta pelapik brek dengan kos ¥125,400 (RM4,118).
 

GT86


Pemilik juga boleh mendapatkan kesemua pakej yang ditawarkan dengan membayar kos ¥631,400 (RM20,733) sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pihak WTCA akan melabur sejumlah wang melebihi RM60 juta yang merangkumi pemasangan model serba…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Nissan Z GT4 kini membawakan liveri unik…
Berita Domestik
Berikut merupakan senarai motosikal MODENAS yang dilindungi di bawah program EW baharu ini:…