TOYOTA TAMATKAN PERLUMBAAN ENDURANCE 10 JAM DENGAN TIGA JENTERA NEUTRAL KARBON

oleh Penyumbang Rencana 2|
TOYOTA baru-baru ini berjaya menamatkan perlumbaan endurance di Idemitsu Super Endurance Asia Tenggara 2023 menggunakan tiga jentera neutral karbon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada perlumbaan ini, Toyota menampilkan tiga jentera lumba iaitu:

-ORC ROOKIE GR86 CNF, GR86 yang menggunakan bahan api neutral karbon

-ORC ROOKIE GR Corolla H2, Corolla berkuasa hidrogen

-CP ROOKIE PRIUS CNF-HEV GR, Prius HEV yang menggunakan bahan api neutral karbon.

 

toyota

 

Ketiga-tiga jentera tersebut berjaya menamatkan saingan yang berlangsung selama 10 jam itu di Litar Antarabangsa Chang, Thailand pada 22 dan 23 Disember 2023 yang lalu.

Toyota menggunakan hidrogen keluaran Thailand iaitu Charoen Pokphand Group (CP), rakan kongsi yang bekerjasama untuk mencapai visi masyarakat neutral karbon di negara tersebut.

Visi dan mesej Toyota menyertai perlumbaan itu adalah untuk cuba menunjukkan hidrogen dan hibrid sebagai pilihan neutral karbon serta memperluaskan pilihan neutral karbon dalam sukan permotoran.

 

toyota

 

Dalam perlumbaan tersebut, jentera GR86 dan Prius menggunakan bahan api neutral karbon manakala sebahagian enjin hidrogen Corolla menggunakan hidrogen yang dibuat dengan biogas janaan baja ayam daripada ladang ayam CP.

Sebelum hari perlumbaan endurance itu berlangsung, Toyota Motor Thailand Co. Ltd mengadakan GR Festival 2023 pada 19 Disember di Bangkok, Thailand.

 

toyota


Di festival tersebut, pemandu dari ROOKIE Racing, Toyota Gazoo Racing Team Thailand dan D1 mengambil bahagian dalam persembahan pasukan, perlumbaan masa terpantas dan pertunjukan drift.

 

PENULIS : FIRDAUS RAZANI

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…