Toyota Synergised Mobility satukan pengguna dengan kenderaan menerusi teknologi moden

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda mengikuti rapat perkembangan Toyota di Malaysia, sudah pasti anda akan perasan perubahan yang dibawakan oleh jenama besar Jepun itu terhadap barisan model-model yang ditawarkan daripada dulu sehingga kini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yang pasti, Toyota (menerusi UMW Toyota) kini bukan sekadar menjual produk yang tahan lasak dan boleh dipercayai, mereka juga giat memperkenalkan beberapa teknologi moden yang mampu menarik perhatian golongan pengguna baharu.

Ini merupakan apa yang cuba dipelopori menerusi pengenalan teras baharu jenama yang dikenali sebagai Toyota Synergised Mobility (TSM).

Menerusi Toyota Synergised Mobility, ia dilihat mampu mendekatkan masyarakat dengan barisan teknologi yang menjadi sebahagian daripada kenderaan-kenderaan Toyota masa kini, selain memudahkan pemahaman pengguna tentang kepentingan setiap aspek yang diperlihatkan itu.

Tiga tunjang utama yang ditekankan menerusi Toyota Sinergised Mobility adalah:
 

1. Platform TNGA


Pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA) menjadi asas kepada kenderaan-kenderaan moden Toyota seperti Camry, Corolla, Corolla Cross, Harrier dan RAV4.

TNGA merupakan visi Toyota dalam menawarkan bukan sahaja kenderaan yang lebih selamat dan selesa, malah ia juga turut memberikan manfaat dari segi pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan.

Cuba pandu uji sendiri mana-mana kereta Toyota yang lahir dari platform TNGA ini, dan anda akan merasai sendiri perbezaan yang dibawakan daripada platform terdahulu dengan platform terkini.
 

2. Toyota Safety Sense


Selain daripada kelengkapan moden, kereta-kereta masa kini juga memerlukan lebih daripada sistem keselamatan pasif untuk memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin di atas jalan raya.

Toyota juga mempunyai 'perisai aktif' yang tersendiri, dikenali sebagai Toyota Safety Sense yang merangkumi ciri-ciri seperti Sistem Pra-pelanggaran (FCW), Amaran Keluar Laluan (LDA), Bantuan Pengekalan Laluan (LTA), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) serta Bantuan Suluhan Tinggi Automatik (AHB) bagi memastikan setiap aspek pemanduan berada di dalam kawalan.

Mengambil contoh Vios dan Yaris, kedua-dua model tersebut bukan sahaja mendapat kelengkapan seperti sistem pemantuan titik buta (BSM) dan amaran lintasan trafik belakang (RCTA), malah terdapat juga kelengkapan asas aktif Toyota Safety Sense (TSS) untuk kedua-dua model itu.

Satu pujian harus diberikan kepada UMW Toyota kerana mereka telah berjaya meletakkan batu penanda aras yang tersendiri di dalam aspek keselamatan model-model aras mula untuk pengguna di Malaysia, sebelum diikuti oleh kebanyakan pesaing.

Perlindungan seharusnya bermula dengan pencegahan, tidak begitu?


3. 360-T


Selain daripada Toyota Safety Sense, 360-T merupakan satu pendekatan yang digunakan oleh Toyota dalam menawarkan pakej inovasi terbaik, direka untuk memberikan perlindungan dan keselamatan di atas jalan raya kepada para pengguna.

Tiga elemen yang dimuatkan di dalam 360-T:

Safe-T - ciri keselamatan yang terkini dimuatkan sebagai ciri standard seperti penawaran beg udara, paparan panorama PVM, sistem pemantauan titik buta (BSM), dan perakam video pemanduan (DVR).

Connectivi-T - teknologi termaju bertujuan untuk memastikan pengguna kekal terhubung seperti sambungan slot pengecasan USB dan nirwayar untuk peranti pintar, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto pada sistem hiburan dan sekuriti kenderaan iaitu Sistem Telematik Kenderaan (VTS).

Guaran-T - menawarkan ketenangan minda sepanjang pemilikan kenderaan dengan jaminan sehingga lima tahun dan jarak perbatuan tanpa had (tertakluk kepada terma dan syarat).

Menerusi Toyota Synergised Mobility (TSM), pengguna bakal melihat kesepaduan antara kepercayaan dan teknologi yang cuba dibawakan oleh Toyota di dalam kehidupan seharian, selain menjadi pelengkap kepada tema All About The Drive dalam usaha untuk membawakan kenderaan yang lebih bagus kepada pengguna.  

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selaku syarikat pelopor dalam industri automotif yang sedang berkembang sebagai penyedia servis…