Toyota syarikat kenderaan nombor 1, di depan BMW dan Daimler - Majalah Fortune

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota telah dipilih sebagai syarikat kenderaan bermotor (motor vehicle company) nombor satu di dalam ranking tahunan “World’s Most Admired Companies” 2020 oleh Majalah Fortune. Menariknya, pengiktirafan itu adalah kali yang keenam berturut-turut buat Toyota.

Di belakang Toyota ialah BMW dan Daimler di dalam kategori kenderaan bermotor. 

Toyota turut diiktiraf di kedudukan ke-30 dalam senarai 50 “All-Star” yang merangkumi syarikat dari pelbagai industri.

Senarai “World’s Most Admired Companies” oleh Majalah Fortune adalah sesuatu yang berprestij dan ia dinilai melalui survei dari kalangan pakar industri seperti eksekutif kanan, pengarah dan penganalisa industri di serata dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota

 

Di antara aspek yang dinilai ialah kualiti produk dan perkhidmatan, tanggungjawab sosial dan alam sekitar, daya saing global dan nilai untuk pelaburan.

Usaha Toyota bagi memperbaharui tarikan syarikat boleh dilihat melalui produknya yang terkini. Model utama seperti Camry, Corolla dan Yaris kelihatan begitu meyakinkan.

Selain model tersebut, Toyota juga pandai membaca citarasa setempat seperti Avanza yang popular di Indonesia dan Hilux di Australia.

 

Toyota

 

Bukan sahaja model untuk pengguna umum, Toyota prihatin dengan peminat berprestasi dengan mengeluarkan GT86, Supra dan GR Yaris.

Toyota turut kembali di dalam sukan permotoran dan kejayaan sudah pun ditempa di dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) dan Le Mans 24 Jam.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…