Toyota Supra JZA80 1997 paling mahal atas muka bumi - RM728k!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penangan model-model ikonik benar-benar boleh bikin akaun bank pusing dan kepala berpinar disebabkan harganya yang liat untuk jatuh. 

Apatah lagi jika model tersebut terkenal dengan prestasinya dan reputasi sebagai sebuah jentera sports, seperti apa yang dialami oleh Toyota Supra JZA80. 
 


Terbaharu, sebuah Toyota Supra Mk4  yang dilelong oleh Barret-Jackson berjaya mencapai harga yang kedengaran tidak masuk akal untuk sebuah model tahun 1997 - $176,000 atau RM727,852 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa. 

Namun, anda perlu melihat asbab disebalik kenaikan harga yang menggila ini. 

Pertama - ia merupakan sebuah model edisi ulang tahun Supra yang ke-15, dan yang kedua - ia merupakan salah sebuah daripada 376 model Targa top yang berwarna hitam dengan interior berwarna hitam yang dihasilkan pada tahun itu. 
 


Dengan harga yang mendekati sebuah McLaren 570S, Toyota Supra ini sebenarnya mempunyai bekas tuan yang sangat baik kerana ia telah pun dipandu sejauh 112,478 km sepanjang pemilikannya dan bukan disimpan di dalam garaj. 

Ketika ia keluar daripada barisan produksi, Toyota Supra Mk4 ini didatangkan dengan enjin enam silinder sebaris 2JZ-GTE turbo berkembar dan transmisi manual sebelum tuannya menukarkan sistem ekzos aftermarket dan merendahkan sistem suspensinya. 
 


Dalam keadaan menghampiri standard sepenuhnya, tidak menghairankan ia berjaya mencapai status harga jualan yang disebutkan di atas, menjadikannya antara Toyota Supra paling mahal atas muka bumi.