Toyota Supra Group A yang pernah dipandu Barry Sheene ini hendak dilelong!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Supra Group A Yang Pernah Dipandu Barry Sheene ini hendak dilelong!
Toyota Supra Group A Yang Pernah Dipandu Barry Sheene ini hendak dilelong!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini kami pernah memaparkan usaha Suzuki membaik pulih motosikal Suzuki XR14 milik legenda Barry Sheene yang memenangi perlumbaan motosikal Grand Prix 1976. 

Beliau adalah individu hebat kerana tidak ada seorang pun pelumba dari Britain yang berjaya mengulangi kejayaannya sehinggalah pada tahun 2015 apabila Danny Kent menjuarai kategori Moto3. 

Menariknya, kehebatan Barry Sheene bukan sahaja dalam dunia motosikal malah beliau juga adalah legenda perlumbaan kereta!

Dan kini, kereta lumba klasik yang digunakan beliau untuk berlumba boleh dimiliki apabila ia bakal dilelong pada acara Silverstone Auctions’ Silverstone Classic Race Car Sale pada 27 Julai depan.

Kereta yang dimaksudkan ialah Toyota Supra Group A yang digunakan pada Kejuaran Kereta Penumpang British tahun 1985. 

Toyota Supra yang mahu dilelong itu sebenarnya telah dibeli oleh pemilik sekarang pada tahun 2012. Ia telah dibaik pulih termasuk pembaikan pada suspensi, sistem brek, klac dan sistem bahan api.

Di bawah ialah butiran dan sejarah mengenai Toyota Supra Group A 1985 Barry Sheene:

  • Diperolehi pemilik sekarang pada 2012
  • Pembaikan major telah dilakukan pada suspensi, sistem brek, klac dan sistem bahan api
  • Dilengkapi transmisi nisbah singkat lima kelajuan dengan kelongsong kotak gear asal
  • Enjin berkuasa 204 bhp menggunakan sistem suntikan pemetaan DTA
  • Diuji menggunakan mesin Dyno oleh penala enjin terkenal Ric Wood
  • Kereta itu juga telah disahkan oleh Pengurus Pasukan Toyota GB 1985, Gordon Mayers
  • Kereta yang sama turut dibawa ke acara Goodwood Festival of Speed sebagai tribut kepada Barry Sheene
  • Bakal dilelong di Silverstone Auctions Race Car Sale pada 27 Julai depan
  • Termasuk dalam pakej lelongan itu nanti ialah alat ganti lama dan baharu seperti spring suspensi, subframe, rack stereng manual, cakera brek, plet klac, cam perlumbaan, kotak udara Group A, dan pelbagai lagi perkakasan dan alat ganti enjin
  • Harga jangkaan ialah di antara GBP 60,000 hingga GBP 80,000 / RM 328,033.98 hingga RM 437,378.64!

Berikut pula ialah sejarah perlumbaan kereta Barry Sheene yang menarik: 

  • Barry Sheene begitu popular di televisyen dan media pada era 70 and dan 80 an
  • Beliau ialah juara dunia 500cc pada tahun 1976
  • Bersara daripada perlumbaan motosikal pada tahun 1984
  • Beliau turut digelar sebagai The Meccano Man selepas doktor merawat tulangnya yang patah dengan bolt dan nat susulan beberapa siri kemalangan
  • Pada tahun 1985, beliau menyertai Pasukan Toyota GB memandu Supra dalam Kejuaraan Kereta Penumpang British 1985. Perlumbaan itu sekarang ini dikenali sebagai British Touring Car Championship (BTCC)
  • Semasa ujian awal di Goodwood, catatan pusingan Barry Sheene hanya 0.4 saat dibelakang pemandu Toyota iaitu Win Percy 
  • Pada pusingan pembukaan di Silverstone, Barry Sheene memperolehi tempat kelima dan ketiga di Thruxton
  • Kemudian di Thruxton juga beliau terbabit dalam kemalangan melibatkan enam buah kereta
  • Barry Sheene patah buku lali dan keretanya rosak teruk
  • Kereta tersebut kemudiannya ditukar dengan badan baharu dan beliau kembali ke pusingan seterusnya di Silverstone
  • Pusingan tersebut hanya dua minggu selepas kemalangan dan beliau mendapat tempat ketiga keseluruhan!
  • Beliau menghabiskan musim tersebut dan secara konsistennya memperoleh tempat keenam dan ke atas menggunakan Toyota Supra yang bakal dilelong itu nanti
  • Beliau bersara dari perlumbaan dan berhijrah ke Australia 
  • Di sana, Barry Sheene berkerja sebagai pengulas TV dan pemaju hartanah

Dengan karier perlumbaan yang dinamik dan kemudian berhijrah ke Australia, Barry Sheene akhirnya meninggal dunia pada 2003 selepas bertarung dengan penyakit kanser.

Maklumat lanjut mengenai acara lelongan ini boleh didapati di: https://www.silverstoneauctions.com/

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Silverstone Auctions 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jip itu kemudiannya dimiliki oleh keluarga Sheene dan digunakan di ladang mereka di Surrey …
Berita Global
Barry Sheene adalah pelumba legenda dan beliau telah memenangi Kejuaraan Motosikal Grand Prix Dunia…