Menurut laporan media Jepun Spyder7, Toyota sedang membangunkan varian berprestasi tinggi GRMN (Gazoo Racing tuned by Meister of Nurburgring) dengan enjin S58 daripada BMW M3/M4 yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 533 hp!
Difahamkan, Supra yang paling bertenaga ini hanya ditawarkan eksklusif dengan kotak gear klac berkembar tujuh nisbah kelajuan serta sistem pacuan roda belakang, manakala pacuan semua roda mungkin ditawarkan sebagai opsyen.
Selain itu, laman web Jepun itu turut melaporkan Supra GRMN bakal mendapat penampilan yang lebih agresif, diikuti dengan bumbung dan sayap belakang yang diperbuat daripada bahan gentian karbon.
Supra GRMN ini dijangka muncul seawal tahun 2023 dengan harga jualan bermula sekitar 10 juta yen (RM341,085).
Sebelum ini, Toyota dilaporkan sedang mempersiapkan penawaran Supra bertransmisi manual yang dijangka tiba pada April tahun ini sebagai model tahun 2023, sementara produksi di Austria pula akan bermula seawal bulan Julai dan tiba di pusat pameran menjelang bulan Oktober.
Baca: Lima Konsep GR Supra
Sumber: Spyder7