Toyota Supra GRMN - 400 kuasa kuda, bakal hadir tahun ini?

oleh Mohamad Hanif|
Toyota nampaknya sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan varian GR Supra yang lebih berkuasa, iaitu Toyota Supra GRMN, menurut satu sumber daripada laman web automotif Jepun, BestCarWeb.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dijadualkan untuk menerjah pasaran pada tahun ini, Toyota Supra GRMN bakal membawakan nadi inline-six 3.0 liter yang sama, namun dengan talaan yang lebih berkuasa menghampiri angka 400 kuasa kuda. 

Apa yang bakal membezakan antara GR Supra dan Supra GRMN adalah penggunaan bahan gentian karbon pada sesetengah komponen bagi menjadikannya lebih ringan. 

 


Selain daripada itu, casis dan sistem suspensi juga akan turut dinaiktaraf bagi menjadikannya lebih tegar dan menawarkan pemanduan yang lebih jitu. 

Terdahulu, ketua jurutera Toyota GR Supra, Tetsuya Tada pernah mendedahkan bahawa Toyota bakal memperkenalkan varian baharu model coupe tersebut setiap tahun.
 


Beliau juga sebelum ini turut mengesahkan bahawa Toyota GR Supra (atau varian yang lebih berkuasa) tidak akan menerima opsyen transmisi manual. 

Dalam keadaan standard, Toyota GR Supra mampu menghasilkan 335 kuasa kuda dan 500 Nm, namun beberapa ujian dyno yang telah dijalankan membuktikan Toyota Supra sebenarnya mampu menghamburkan 420 kuasa kuda dengan sedikit talaan pada ECU. 

Gambar hiasan: Toyota GR Supra Heritage Edition

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota Supra GRMN - singkatan kepada Gazoo Racing Meisters of the Nurburgring - bakal menduduki…