Toyota Supra dengan enjin M3? Kenapa tidak?

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Supra generasi kelima (Supra A90, GR Supra) kini sedikit demi sedikit membina populariti terutamanya di dalam arena modifikasi dan perlumbaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apatah lagi sudah pun terdapat beberapa pihak yang membina jentera lumba masing-masing, dan Toyota Gazoo Racing sendiri bakal menawarkan jentera Supra GT4 yang boleh dibeli khusus untuk perlumbaan. 

Supra dengan enjin B58 daripada BMW itu mampu menghasilkan 335 kuasa kuda dan 495 Nm, mungkin angka tersebut dianggap sudah cukup memuaskan. 

Namun, mahukah anda sebuah Supra dengan nadi M?

Ya, kedengaran agak pelik akan tetapi ia tidak mustahil.
 


Menurut satu temubual yang dijalankan ke atas presiden divisyen M BMW, Markus Flasch berkata, terdapat kemungkinan BMW akan 'meminjamkan' nadi enam silinder sebaris S58 turbo berkembar yang mampu menghamburkan 503 kuasa kuda!

Walaubagaimanapun, Toyota masih lagi belum menunjukkan minat terhadap perkara ini dan BMW sendiri masih belum menawarkan perkara yang serupa terhadap Toyota, akan tetapi "never say never" ujar Flasch lagi.

Enjin S58 merupakan versi prestasi tinggi kepada nadi enam silinder sebaris B58 yang kini menduduki ruang enjin Supra.

Terdapat dua talaan diberikan iaitu standard 473 kuasa kuda (BMW X3, X4) dan versi tertinggi 503 kuasa kuda yang bakal menguasai model M3 baharu tidak lama lagi.
 


Para pembaca mungkin terlepas beberapa perkara ini, namun berdasarkan beberapa ujian dyno yang dibuat di luar negara, terdapat beberapa bukti yang mengesahkan bahawa Toyota sebenarnya menyembunyikan angka sebenar prestasi Supra generasi baharu itu.

Atas kertas, Toyota GR Supra mampu menghasilkan 335 kuasa kuda dan 495 Nm, namun ujian tersebut membuktikan bahawa Supra sebenarnya mampu mencecah angka 339 kuasa kuda dan 579 Nm!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Program khas tersebut bakal bermula pada 15 Januari hingga 30 Jun tahun 2024, khusus untuk…
Berita Global
  Walaupun berasal dari Jepun, tidak semua kereta Toyota direka di sana. Seawal 1973 lagi Toyota…