Toyota Supra buat kemunculan rasmi di Detroit Motor Show Januari 2019

oleh Mohamad Hanif|
Memandangkan sudah begitu lama Toyota Supra kembar kepada BMW Z4 ini dibaluti dengan pelekat penyamaran, Toyota akhirnya mengesahkan pengenalan rasmi versi produksi model kereta sports tersebut pada tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dijangka akan diperkenalkan kepada umum menerusi acara NAIAS Detroit Motor Show 2019 yang akan berlangsung pada bulan Januari di Detroit, dan tempahan awal boleh dilakukan oleh para peminat Supra menerusi laman web mikro Toyota Jerman

Seperti mana yang kita semua maklum, Toyota Supra hanya berkongsi beberapa panel sahaja bersama BMW Z4 termasuklah jarak di antara roda, lokasi tangki bahan api dan juga tiang A. 

Selain daripada item yang disebutkan di atas, pembangunan Supra adalah berdiri di atas kaki Toyota itu sendiri dan tidak membabitkan penglibatan daripada pihak BMW. 
 


Walaupun Supra A90 baharu ini tidak melibatkan penggunaan bahan ringan gentian karbon, pihak jurutera pembangunan Supra telah berjaya menjadikan coupe ini mempunyai tahap ketegaran yang hampir serupa jika dibandingkan dengan supercar keluaran Lexus sebelum ini, LF-A. 

Sepupu sebelah Jepun daripada BMW Z4 ini bakal ditawarkan penggunaan enjin empat dan enam silinder berkuasa turbo sebelum digandingkan dengan transmisi automatik ZF dan mempunyai nisbah pengagihan berat badan 50:50. 

Sama-sama kita nantikan bagaimana wajah sebenar Toyota Supra setelah segala macam pelekat penyamaran dialihkan daripada kereta sports tersebut. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Program khas tersebut bakal bermula pada 15 Januari hingga 30 Jun tahun 2024, khusus untuk…
Berita Global
  Walaupun berasal dari Jepun, tidak semua kereta Toyota direka di sana. Seawal 1973 lagi Toyota…