Toyota Supra Brian O'Conner dari filem pertama Fast Furious sudah terjual - RM2.3 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Kemaskini: Toyota Supra 1994 ini telah berjaya dijual dengan harga setinggi $550,000 (RM2.277 juta)!

Peminat siri filem Fast & Furious pasti tidak akan dapat melupakan impak yang ditinggalkan oleh Toyota Supra yang dipandu oleh Paul Walker di dalam filem pertama.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Toyota Supra berwarna jingga terang tahun 1994 ini kini disenaraikan untuk dijual di dalam laman jualan Barrett-Jackson dan hadir lengkap dengan dokumentasi yang menyeluruh termasuklah sijil ketulenan.

 


Ia merupakan salah satu prop yang digunakan di dalam filem pertama The Fast and The Furious, serta filem kedua 2 Fast 2 Furious, di mana bahagian luarannya mendapat warna jingga Candy Orange daripada Lamborghini Diablo.

Kemasan luaran juga turut menampilkan grafik Nuclear Gladiator, kit badan Bomex, hud ala TRD, sayap belakang aluminium APR, serta rim Dazz Motorsport Racing Hart M5 bersaiz 19 inci.

 


Ruang kabin masih lagi di dalam kondisi yang cukup baik dengan kehadiran meter aftermarket, roda stereng, serta tempat duduk yang dibaluti upholsteri dua tona biru dan hitam.

Sayang sekali, unit Toyota Supra yang datang dengan enjin 2JZ-GTE 3.0 liter ini hanya dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan sahaja.

 


Sesi lelongan akan diadakan pada hujung minggu 17-19 Jun dan sudah pasti melihatkan kepada statusnya sebagai prop filem dan kaitannya dengan Paul Walker, harga yang diminta juga dijangka melambung tinggi.

 

Sumber: Barret-Jackson

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota FT-1 Concept 2014   Model edisi istimewa Supra A90 Final Edition akan ditawarkan ke…
Berita Global
  Autonomi di sini bermaksud gerakan gelongsoran seperti putaran stereng, tukaran gear dan lain-…
Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…