Dalam kenyataan ringkas (diterjemahkan dari siaran Toyota Jepun), syarikat itu menyebut:
“Berkaitan dengan Supra, pengeluaran akan berakhir pada Mac 2026. Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai pelanggan. Kami amat kesal atas kesulitan kepada pelanggan yang masih mempertimbangkan pembelian. Untuk model alternatif, sila hubungi pengedar tempatan anda.”
Dari Detroit ke Dunia Kebangkitan Semula Ikon
Selepas rehat panjang selama 21 tahun, Supra generasi kelima diperkenalkan di Detroit Auto Show 2019, hasil kolaborasi antara Toyota dan BMW. Platform dan trenkuasa Supra dikongsi dengan BMW Z4, menampilkan dua enjin pilihan:
-
3.0L Turbo Inline-6 (B58) – Enjin utama pada model awal 2020.
-
2.0L Turbo Inline-4 (B48) – Ditambah mulai tahun 2021.
Kotak gear automatik ZF 8-kelajuan menjadi standard, namun Toyota kemudian memperkenalkan pilihan 6-kelajuan manual khusus untuk versi 3.0L enam silinder bagi peminat pemanduan tulen.
Edisi Akhir
Bagi pasaran Amerika Syarikat, Toyota GR Supra Final Edition (2026) mengekalkan enjin B58 dengan kuasa 382 hp dan 386 lb-ft tork, memecut 0–100 km/j hanya dalam 3.9 saat, dan dijual pada harga sekitar $69,745.00 (lebih kurang RM332,000.00).
Menariknya, versi Jepun dan Eropah menerima peningkatan kuasa kepada 429 hp dan 420 lb-ft, namun hanya 300 unitakan dihasilkan untuk dua pasaran tersebut menjadikannya edisi koleksi yang sangat terhad.
Apa Seterusnya Untuk Supra?
Walaupun pengeluaran akan berakhir, Toyota sudah mula memberi bayangan tentang pengganti Supra. Namun, belum ada pengesahan rasmi sama ada model seterusnya akan kekal dengan konfigurasi FR (Front-engine, Rear-wheel-drive) atau beralih kepada elektrifikasi penuh di bawah sub-jenama Gazoo Racing.
Apa pun, ramai pemerhati percaya jurang antara generasi kali ini tidak akan sepanjang penantian 21 tahun seperti dulu. Supra mungkin akan “mati”, tetapi legenda ini belum selesai cuma sedang bersiap untuk dilahirkan semula dalam bentuk baharu.
Sumber: Motor1 / Toyota Global