Toyota Supra A90 dilancarkan - tiga varian, harga bermula dari RM204 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama Toyota menguji kesabaran dan kesungguhan hati para peminat, akhirnya Toyota Supra generasi kelima dilancarkan secara rasmi bertempat di Detroit Auto Show.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota Supra A90 membawakan banyak pengaruh yang didapati daripada model konsep Toyota FT-1, termasuklah penggunaan lampu utama, splitter gentian karbon, dan rekaan bumbung jenis double-bubble

Malah, penggunaan lampu belakang LED, spoiler ekor itik (ducktail) dan lampu ketiga LED turut dipinjamkan secara terus daripada model yang sama. 
 


Memandangkan ia merupakan model yang dibangunkan bersama BMW, enjin BMW enam silinder sebaris 3.0 liter digunakan, menghasilkan 335 kuasa kuda dan 495 Nm daya kilas

Kuasa tersebut kemudian disalurkan kepada kotak gear automatik lapan nisbah kelajuan, sebelum diterjemahkan kepada pecutan sepantas 4.1 saat dari 0-100 km/j.
 


Pasukan Gazoo Racing turut menyumbang kepada talaan casis dan sistem gantungan yang terdiri daripada double-joint spring strut di hadapan dan multi-link di bahagian belakang. 

Secara lalai (default), sistem gantungan Supra ini didatangkan dengan dua tetapan adaptif, iaitu Normal dan Sport. 
 


Memasuki ruang dalaman, kabin Supra Mk5 ini tidak dapat lari daripada pengaruh BMW Z4, terutama di bahagian tengah yang menampilkan skrin infotainment ala-ala iPad serta paparan iDrive. 

Uniknya, elemen Toyota Supra Mk4 yang lebih berorientasikan pemandu turut dibawa masuk ke dalam Mk5, dan ini boleh dilihat pada rekaan panel pintu dan konsol tengah. 
 


Toyota Supra A90 hadir dengan tiga varian, iaitu 3.0, 3.0 Premium dan Launch Edition.

Varian Launch Edition dihasilkan dalam 1,500 unit terhad dan merupakan model yang sama seperti varian 3.0 Premium sebelum dilayangkan dengan warna pilihan seperti Absolute White, Nocturnal Black dan Renaissance Red 2.0.

Harga jualan bagi Toyota Supra adalah seperti berikut: 

  • Toyota Supra 3.0 - $49,990 (RM204,849)
  • Toyota Supra 3.0 Premium - $53,990 (RM221,240)
  • Toyota Supra Launch Edition - $55,250 (RM226,403)

Tambahan aksesori:

  • ciri bantuan pemanduan - $1,195 (RM4,896)
  • Sistem navigasi dan audio JBL - $2,460 (RM10,080)

Toyota Supra A90 akan mula dijual kepada umum bermula musim panas 2019. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Program khas tersebut bakal bermula pada 15 Januari hingga 30 Jun tahun 2024, khusus untuk…
Berita Global
  Walaupun berasal dari Jepun, tidak semua kereta Toyota direka di sana. Seawal 1973 lagi Toyota…