Toyota Supra 2021 dapat warna Horizon Blue di Jepun - 100 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pengenalan model yang dikemaskini di Amerika Syarikat, tiba giliran pasaran Jepun pula untuk mendapatkan Toyota GR Supra versi naiktaraf untuk model tahun 2021.
Modenas

Dikenali sebagai Supra RZ Horizon Blue Edition, secara asasnya ia membawakan kemaskini yang serupa seperti peningkatan kuasa sebanyak 14 peratus enjin 3.0 liter B58 turbo berkembar dari BMW itu.

Ini bermakna, daripada angka asal 335 kuasa kuda dan 495 Nm, Toyota Supra RZ kini mampu menghamburkan 382 kuasa kuda dan daya kilas 499 Nm yang menjadikannya setanding dengan sepupunya BMW Z4 M40i.

 


Ia juga menjadikan pecutan 0-96 km/j lebih pantas 0.2 saat kepada 3.9 saat berbanding catatan terdahulu 4.1 saat.

Talaan juga turut diberikan kepada kadar ketegaran casis dan sistem suspensi bagi memberikan pengendalian yang lebih cemerlang ketika mengambil selekoh.

Selain daripada itu, Toyota GR Supra juga kini turut mendapat warna baharu Horizon Blue - warna sama yang didatangkan ke dalam kemaskini Supra menerusi permainan Gran Turismo Sport.

 


Elemen biru itu tadi turut diteruskan di bahagian ruang kabin yang merangkumi jahitan pada tempat duduk, roda stereng dan papan pemuka.

Skrin infotainmen asal sebesar 6.5 inci telah digantikan dengan skrin paparan yang lebih besar bersaiz 8.8 inci.

Toyota Supra dengan warna Horizon Blue ini hanya boleh didapati di Jepun dengan 100 unit terhad, serta warna Matte Storm Gray Metallic (27 unit).

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Filem berkenaan adalah tentang nilai-nilai murni seperti saling menghormati, tolak ansur dan…
Berita Global
Namun, satu kekurangan nyata terdapat pada GR Supra - ia hanya ditawarkan dalam transmisi automatik…
Model Terbaharu
Masih mengekalkan enjin asal enam silinder sebaris turbo 3.0 liter, angka output Toyota GR Supra…