Toyota, Subaru, Mazda bentuk pakatan selamatkan teknologi enjin pembakaran dalaman

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala kebanyakan pengeluar automotif global sudah pun memulakan usaha ke arah elektrifikasi penuh barisan model sedia ada, terdapat beberapa pengeluar Jepun yang masih lagi percaya masa depan yang ditunjukkan oleh teknologi enjin pembakaran dalaman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Baru-baru ini, lima pengeluar automotif Jepun telah membentuk satu pakatan bagi meneroka pilihan dan alternatif untuk menyelamatkan teknologi purba itu.

Tidak mahu  bergantung sepenuhnya kepada EV, Toyota dan Subaru mahu meneroka potensi yang ada pada bahan api sintetik neutral karbon yang diperoleh daripada biojisim.

Malah, Toyota juga sedang menguji keberkesanan enjin pembakaran dalaman yang menggunakan bahan api hidrogen menerusi perlumbaan menggunakan jentera Corolla Sport yang disumbatkan enjin tiga silinder sebaris dari GR Yaris.

Sementara Mazda pula akan menggunakan jentera berenjin 1.5 liter Skyactiv-D yang disuapkan dengan bahan api bio-diesel generasi berikutnya di Super Taikyu Race.

Sementara itu, gergasi motosikal Jepun Kawasaki dan Yamaha pula mengumumkan untuk membangunkan enjin hidrogen bagi kenderaan dua roda dan kenderaan yang lain.

Langkah ini dilihat merupakan satu tindak balas terhadap sidang kemuncak COP26 yang 'memaksa' pengeluar automotif untuk menghentikan penjualan kenderaan bahan api fosil bermula tahun 2040.

Dalam sidang tersebut, hanya enam buah pengeluar sahaja yang komited untuk menghentikan penjualan kereta ICE, sementara negara-negara besar seperti China, Jerman dan Amerika Syarikat juga tidak bersetuju dengan perancangan tersebut.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…