Toyota-Subaru dilaporkan bangunkan hot hatch AWD! Subaru kembali ke WRC?

oleh Mohamad Hanif|
Gandingan Toyota-Subaru diperlihatkan menerusi pengenalan model berkembar GT86/BRZ sebelum ini, dan nampaknya kedua-dua syarikat Jepun itu bakal bergandingan tenaga bagi membangunkan sebuah model berprestasi tinggi serba baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan yang dipetik daripada laman web automotif Jepun BestCarWeb, selain daripada generasi kedua Subaru BRZ dan Toyota GR 86 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, model baharu yang dimaksudkan adalah sebuah hot hatch dengan sistem pacuan semua roda AWD!

Tambah laporan itu lagi, hot hatch tersebut dijangka menampilkan saiz seakan sebuah Impreza, enjin bentangan boxer dan bakal membuat kemunculan menjelang November 2022.

Sistem pacuan semua roda yang dimaksudkan adalah amat berbeza dengan sistem 4WD yang digunakan oleh Toyota pada model GR Yaris.

Subaru berkemungkinan besar akan menggunakan model baharu ini sebagai batu loncatan untuk kembali ke dalam kejuaraan World Rally Championship (WRC), namun setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang informasi lanjut diterima.

Sumber: BestCarWeb

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…