Toyota Sienta Safety Edition II - dapat ciri paparan digital pada cermin pandang belakang

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Sienta sudah pun lama menghilang di pasaran Malaysia sejak tahun 2019, namun MPV kecil tersebut masih lagi ditawarkan di negara asalnya Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun 2021, Toyota telah menawarkan kemaskini terhadap Sienta berupa penambahbaikan terhadap kelengkapan keselamatan yang dinamakan sebagai Safety Edition II.

 


Antara perubahan yang ditawarkan termasuklah ciri lampu utama automatik (dikenali sebagai Conlight di Jepun) untuk semua model.

Namun, untuk varian G dan FUNBASE G, antara kelengkapan yang dimuatkan adalah perumah cermin sisi dan rim yang diwarnakan hitam, sementara ruang dalaman juga turut mendapat kemasan yang serupa.

 


Selain daripada itu, Toyota Sienta Safety Edition II ini turut mendapat kelengkapan sonar parkir serta brek sokongan yang mampu mengurangkan kerosakan akibat pelanggaran, serta ciri paparan digital pada cermin pandang belakang - sama seperti Toyota Harrier.

Sebagai makluman, Toyota Sienta di pasaran Jepun sudah pun mendapat kelengkapan standard Toyota Safety Sense seperti ciri pra-pelanggaran, amaran keluar laluan serta lampu suluhan tinggi automatik.

 


Harga jualan untuk Sienta bermula dari 1,818,500 yen (RM68,420) sementara model Safety Edition II ini bermula dari 2,111,000 yen (RM79,425).

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, generasi ketiga Toyota Sienta telah pun rasmi dilancarkan di pasaran Jepun dengan penawaran…
Berita Global
Setelah empat tahun, Toyota Sienta kini memasuki fasa kitaran pertengahan jangka hayat sesebuah…
Berita Domestik
Dalam satu majlis yang diaturkan berasingan, UMW Toyota Motor telah menyampaikan hadiah berupa MPV…