Toyota Sienta 1.5V versi naik taraf 2018 kini ditawarkan di Malaysia!

oleh Afandi Che Muhamad|
Sejak diperkenalkan pada Ogos 2016, Toyota Sienta tidak pernah ketinggalan menawarkan nilai premium sebuah Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) kompak kepada pengguna urban terutama yang berkeluarga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memiliki rekaan unik, Toyota Sienta bukan sebuah kenderaan pengangkutan yang hambar.

Bagi membuktikan mengenai perkara tersebut, UMW Toyota Motors Sdn. Bhd. (UMWT) hari ini secara rasminya memperkenalkan model Toyota Sienta 1.5V versi naik taraf khusus untuk kegunaan pasaran domestik tahun ini.

Hadir dengan aksesori tambahan baharu, MPV kompak tersebut kini dilengkapi sistem DVD-AVX 6.9 inci lengkap ciri Bluetooth, HDMI, input kad SD, slot pengecas USB dan kamera undur.

Pengguna diberikan opsyen untuk menaik taraf sistem berkenaan (DVD-AVX 6.9 inci) kepada sistem DVD-AVN 7 inci dengan sistem tunjuk arah GPS bagi membolehkan mereka mendapat capaian ke lokasi-lokasi bilik pameran dan pusat servis Toyota di seluruh negara.

Selain itu, ciri Panoramic View Monitor baharu juga didatangkan sebagai ciri standard.

Kewujudan fungsi paparan itu banyak membantu ketika pemandu ingin meletakkan atau mengeluarkan kenderaan dari ruang parkir.

Untuk makluman, harga Toyota Sienta masih kekal sama seperti sebelum ini iaitu pada RM97,000 termasuk GST, tanpa insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran.

Pakej harga tersebut didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan selain boleh dipindah milik kepada orang lain dan tempahan mula dibuka bermula hari ini.

Maklumat lanjut berkaitan Toyota Sienta boleh diperoleh dengan berkunjung ke mana-mana cawangan UMWT berdekatan lokasi anda atau layari www.toyota.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, generasi ketiga Toyota Sienta telah pun rasmi dilancarkan di pasaran Jepun dengan penawaran…
Berita Global
Untuk tahun 2021, Toyota telah menawarkan kemaskini terhadap Sienta berupa penambahbaikan terhadap…
Berita Global
Setelah empat tahun, Toyota Sienta kini memasuki fasa kitaran pertengahan jangka hayat sesebuah…