Toyota Sequoia SUV saiz besar, enjin pun besar - 5.7L V8!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Sequoia TRD PRO
Toyota Sequoia TRD PRO
Satu dari citarasa pengguna di Amerika Syarikat ialah kereta penumpang perlu bersaiz besar juga dengan enjin besar. Ini bukan bermakna pengguna di AS menolak terus malah kereta penumpang lebih kecil tetap popular.

Apa yang dimaksudkan ialah saiz sedan seperti Lincoln Continental, Chrysler 300, Kia Cadenza, Nissan Maxima dan Toyota Avalon. Dalam segmen pikap pula lihat saiz Ford F-150, Nissan Titan dan Toyota Tundra.

Bagaimana pula dengan SUV saiz besar? Ada, sebagai contoh Toyota Sequoia yang dipaparkan di dalam artikel ini.

Asal nama SUV ini juga menarik, Sequoia merupakan sejenis pokok yang sangat besar dan biasa ditemui di California.

Pokok besar dan SUV besar, satu nama yang sepadan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Sequoia TRD PRO

 

SUV Sequoia bukan sebuah model baharu, generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2000 dan dibina dengan pengubahsuaian dari pikap Tundra.

Sequoia generasi pertama dikeluarkan di kilang Toyota di Princeton, Indiana.

Badan besar, enjin juga sama iaitu digerakkan nadi 4.7 liter V8 dengan transmisi automatik.

Generasi Sequoia kedua dikeluarkan pada 2008 dan dijual sehingga kini.

Lama di pasaran, Toyota memperkenalkan model rupa baharu (facelift) pada 2017 yang tampil relevan dengan peredaran masa. 

 

Toyota Sequoia Nightshade Edition

 

Untuk model 2021, Toyota mengemaskini tawaran dengan memperkenalkan warna baharu bagi Sequoia TRD Pro dan varian Nightshade Special Edition.

Sequoia dibina dengan badan atas rangka (body-on frame) dan dikuasakan enjin 5.7 liter i-FORCE V8 VVT-i. 

Dari segi muatan, ada tujuh tempat duduk untuk varian TRD Sport, TRD Pro, Platinum, Nightshade Special Edition dan lapan tempat bagi varian lain.

Sequoia TRD Pro 2021 mempunyai warna baharu Lunar Rock bagi menggantikan Army Green. Warna lain ialah  Super White, Magnetic Gray Metallic and Midnight Black Metallic.

 

Toyota Sequoia Nightshade Edition

 

Varian baharu untuk model 2021 ialah Sequoia Nightshade Edition dan edisi ini adalah kesinambungan kepada model Toyota lain.

Sequoia Nightshade diasaskan dari varian Limited dengan kelengkapan mewah seperti kemasan kulit hitam pada tempat duduk dan juga beberapa komponen luaran warna gelap bagi menonjolkan imej garang.

Warna krom gelap digunakan pada logo Sequoia, molding badan, bahagian bawah gril dan keliling lampu kabus.

Enjin besar Sequoia Nightshade Edition dipadan bersama pacuan 2WD atau 4WD dan kelihatan garang dalam warna Midnight Black Metallic atau Magnetic Gray Metallic.

Untuk lebih penyesuaian (customization), Toyota juga menawarkan pilihan Blizzard Pearl.

 

Toyota Sequoia Nightshade Edition

 

Selain badan dan enjin, Sequoia juga besar dari segi keselamatan dan dilengkapi Toyota Safety Sense P (TSS-P) sebagai ciri standard.

Berapakah pula harga Sequoia? Di laman web Toyota AS, Sequoia 2020 varian asas dijual pada $49,980 atau nilai tukaran semasa RM209,591.

Harga tersebut sebenarnya bukan paling besar, ada lagi SUV Toyota yang lebih premium iaitu Land Cruiser. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin 

Kredit foto: Toyota

 

Toyota Sequoia Nightshade Edition