Toyota sedia skim pembiayaan khas untuk graduan beli Vios, Yaris & Avanza

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) kini mengumumkan kerjasama dengan Maybank Islamic Berhad bagi menyediakan skim pembiayaan khas untuk para graduan membeli model baharu Toyota Vios, Yaris atau Avanza.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skim pembiayaan sewa beli Murabahah Vehicle Term Financing-i (MVTF-i) berdasarkan prinsip Murabahah ini memberikan pilihan pembiayaan tambahan kepada para graduan selain pembiayaan sewa beli islamik menurut Al Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB).

Pakej pembiayaan ini walaubagaimanapun hanya tertakluk untuk Semenanjung Malaysia sahaja.

Skim pembiayaan MVTF-i ini terbuka untuk graduan (pemegang ijazah) yang berusia antara 21 sehingga 30 tahun, sedang bekerja dan memiliki pendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan dengan tempoh bekerja minimum selama enam bulan.

Bagi mereka yang bekerja dalam tempoh kurang daripada enam bulan boleh mendapatkan penjamin daripada pihak ibu bapa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Manakala bagi graduan yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 akan tetapi lebih daripada RM2,000 masih berpeluang untuk memohon skim pembiayaan dengan syarat penjamin mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 atau lebih.

Toyota Vios, Yaris dan Avanza merupakan antara model paling laris di dalam segmen bukan nasional untuk pasaran Malaysia yang menawarkan saiz yang kompak, pemanduan ekonomikal serta ciri keselamatan termaju seperti sistem pemantuan titik buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan perakam video digital (DVR.

UMW Toyota menawarkan jaminan sehingga lima tahun tanpa had perbatuan, serta keahlian percuma kepada perkhidmatan 24SEVEN Road Assist dan bantuan kecemasan 24 jam tujuh hari seminggu dengan pembelian perlindungan insurans tambahan daripada pengedar UMW Toyota Motor yang bertauliah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…