Toyota sedang uji trak pikap pencabar F-150 Raptor

oleh Mohamad Hanif|
Ford F-150 Raptor sudah terbukti tahap popularitinya di kalangan peminat, dan Toyota nampaknya tidak akan berdiam diri dengan perkembangan tersebut.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Dalam satu laporan oleh The Drive, Toyota dikatakan sedang menguji sebuah trak pikap Tundra yang lebih hardcore, dan trak baharu ini 'hampir menyamai' konsep Tundra TRD Desert Chase yang diperlihatkan di acara SEMA tahun lalu.

Baca: Toyota Tundra TRD Desert Chase di SEMA
 

Tundra


Sumber dalaman itu tidak menyebut tarikh spesifik pelancaran model Tundra itu, namun mendakwa Toyota merancang untuk menyertai acara perlumbaan trak menggunakan model baharu tersebut.

Berdasarkan model konsep yang diperlihatkan, Tundra TRD Desert Chase membawakan penampilan kit badan lebar, rim aluminium 18 inci, tayar General Grabber X3, serta pemasangan sistem suspensi jenis long-travel.
 

Tundra


Tidak dapat dipastikan nadi kuasa yang bakal dimuatkan, namun sebagai makluman trak pikap Tundra TRD Pro didatangkan dengan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin V6 3.5 liter turbo berkembar, serta motor elektrik dengan angka output keseluruhan setinggi 437 hp dan 790 Nm.

Di pasaran Amerika, F-150 Raptor 2021 dilengkapi dengan nadi Ecoboost V6 3.5 liter turbo berkembar yang berupaya menghasilkan kuasa 450 hp dan 69`1 Nm, yang dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.

Sumber: The Drive

 

agak-agak, boleh cabar F-150 Raptor?

Berita Berkenaan

Berita Global
Bayangkan jika lencana tersebut berada pada trak pikap bersaiz penuh seperti Tundra, baru-baru ini…
Berita Global
  Keputusan itu dilihat tepat kerana Toyota sudah bertahun menguasai pasaran kenderaan di sana…
Berita Global
  Seperkara lagi yang menarik, Tundra ditawarkan dengan nadi kuasa hibrid 3.5L V6 turbo berkembar…