Toyota sedang pertimbang hasilkan GR bZ4X

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun disifatkan agak ketinggalan berbanding pengeluar utama yang lain, Toyota tetap meneruskan perancangan untuk memperkenalkan sehingga 15 buah kenderaan elektrik serba baharu pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu daripadanya kini mula dijual, iaitu Toyota bZ4X dan Toyota dilaporkan bakal menghasilkan varian berprestasi tinggi yang memakai lencana GR!

Menurut laporan daripada Move Electric, ketua jurutera pembangunan bZ4X Daisuke Ido berkata, model berprestasi tinggi itu sedang dalam pertimbangan, namun ia masih lagi bukan sebuah idea yang konkrit.

Jelasnya, cabaran dalam menghasilkan sebuah GR bZ4X adalah memastikan ia mampu memenuhi piawaian dan standard pengendalian dan prestasi yang telah ditetapkan oleh GR.
 

GR


Untuk menampal sebuah lencana GR pada bZ4X, sudah pasti beberapa modifikasi perlu dibuat ke atas model SUV tersebut, termasuklah meningkatkan kuasa sedia ada.

Bergantung kepada pasaran, Toyota bZ4X boleh dilengkapi dengan motor elektrik tunggal pacuan roda depan (201 hp) atau motor elektrik berkembar pacuan semua roda AWD (215 hp).

Jadi, untuk sebuah GR bZ4X sudah pasti Toyota perlu menawarkan kuasa yang jauh lebih tinggi, beserta talaan kepada sistem suspensi dan pengendalian supaya ia setanding dengan ahli keluarga GR yang lain.

Bayang-bayang kehadiran sebuah SUV elektrik sporti sebenarnya telah pun diperlihatkan menerusi model bZ4X GR Sport (gambar utama) yang muncul di acara Tokyo Auto Salon pada awal tahun lalu.

Tiada sebarang maklumat berkenaan trenkuasa melainkan kelengkapan seperti rim yang lebih besar, penawaran trim hitam dan juga tempat duduk sports.

Sumber: Move Electric

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…