Toyota sedang mencari pemandu GR Supra terpantas (di alam maya)

oleh Mohamad Hanif|
Untuk siri perlumbaan akan datang, Toyota mengumumkan pencarian pelumba-pelumba handalan untuk menyertai GR Supra GT Cup 2020 menerusi permainan video Gran Turismo Sport PlayStation 4.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Toyota Gazoo Racing, mereka menganjurkan siri ini untuk meraikan komuniti e-motorsports serta menjadikan sukan permotoran satu perkara yang mampu dinikmati oleh semua generasi di seluruh dunia. 

Siri ini akan bermula pada 26 April 'bertempat' di Fuji Speedway sebelum beralih ke Litar Nurburgring (17 Mei), Circuit de La Sarthe (7 Jun) dan Laguna Seca (21 Jun). 

Setelah itu, siri ini akan turut mengambil tempat di Autódromo José Carlos Pace (5 Julai), Tokyo Expressway: South Inner loop (19 Julai) dan Mount Panorama (16 Ogos).
 


Dalam pengumuman yang tidak disertakan butiran lanjut itu, Toyota akan menilai prestasi pelumba menerusi tujuh perlumbaan yang disebutkan di atas, dan pemandu yang terpantas akan dijemput untuk menyertai acara perlumbaan sebenar pada bulan November nanti. 

Antara syarat pernyertaan ialah peserta perlu memiliki sendiri sebuah PS4 dan permainan Gran Turismo Sport, selain perlu memiliki sebuah GR Supra di dalam permainan tersebut. 

Namun barang harus diingat, ketika ini terdapat kira-kira 800,000 orang pemain Gran Turismo yang memiliki GR Supra di seluruh dunia, jadi kami ucapkan selamat berjaya kepada mereka yang ingin mencuba nasib sebagai pemandu GR Supra terpantas di alam maya.