Toyota sedang bangunkan Celica baharu, guna tenaga hidrogen?

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Celica sudah pun lama terhenti penawarannya semenjak generasi ketujuh pada tahun 2006 disebabkan faktor jualan yang semakin merosot.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, berita berkenaan Celica yang bakal dibangkitkan semula itu kerap kali kedengaran walaupun tiada sebarang bukti yang menunjukkan Toyota akan kembali menawarkan kereta sports pacuan roda depan itu kepada umum.

Namun, satu berita menarik datang dari Jepun memberikan bayangan Toyota sedang membangunkan kereta sports baharu yang bakal dikuasakan oleh tenaga alternatif.

Menurut laporan daripada Best Car Web, Toyota sendiri telah pun mendaftarkan tanda dagang 'Celica' di mana model kereta sports ini dibangunkan bersama-sama dengan Subaru.

 


Kerjasama antara Toyota dan Subaru telah pun diwujudkan sebelum ini menerusi platform e-TNGA yang bakal melahirkan Toyota bZ4X dan Subaru Solterra, dan Celica ini juga dikatakan salah satu daripada 15 buah EV yang bakal diperkenalkan kelak.

Namun, sumber yang dipetik oleh Best Car memberikan info Toyota Celica mungkin sekali bukan sebuah EV tulen, sebaliknya menggunakan tenaga hidrogen seperti yang diperlihatkan menerusi model jentera lumba GR Sport yang menggunakan enjin GR Yaris yang disuapkan dengan bahan api hidrogen.

Menurut Toyota, dengan beberapa modifikasi yang betul, enjin pembakaran dalaman tiga silinder itu dilihat mampu untuk beraksi di litar dengan menggunakan bahan api hidrogen.

 


Ini merupakan satu perkembangan yang cukup menarik di mana Toyota sendiri tidak berputus asa terhadap potensi yang terdapat pada enjin petrol walaupun dunia pada ketika ini sedang beralih kepada penggunaan trenkuasa elektrik.

Malah baru-baru ini, Toyota Mirai yang menggunakan trenkuasa sel bahan api hidrogen telah berjaya mencatatkan jarak perjalanan lebih 1,000 km dengan hanya setangki penuh walaupun Toyota memberikan anggaran jarak sebenar adalah sekitar 650 km sahaja.

Sumber: Best Car Web

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam perkembangan terkini, Celica dikatakan bakal menerima inovasi terbaharu Toyota, di mana ia…
Berita Global
Kali ini, berita tersebut datang sendiri daripada pengerusi Toyota, Akio Toyoda dalam satu temubual…
Informasi
"Dua botol plastik berkenaan akan dihantar kepada pakar bagi pengesahan lanjut. Siasatan lanjut…