Toyota satukan Modellista, TRD dan J-TACS di bawah satu syarikat baharu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika anda penggemar jenama aftermarket Toyota, terdapat beberapa jenama yang boleh tahan menarik untuk dimiliki. Paling lazim ialah kit TRD yang dipasarkan secara rasmi oleh UMW Toyota.

Jenama yang boleh dimiliki secara tidak rasmi pula ialah model G's dan Modellista yang biasanya didatangkan siap dengan pakej satu kereta oleh pengimport bebas. Model G's dan Modellista biasanya terdiri dari Harrier dan Vellfire.

Harga kedua-dua model ini lebih tinggi sehingga puluhan ribu ringgit berbanding model biasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain TRD dan Modellista, Toyota mempunyai satu lagi jenama aftermarket dan program permotoran iaitu GRMN atau Gazoo Racing dan operasi serta tawaran jenama ini bakat diperhebat lagi dengan model dan perancangan khusus.

Berapa banyak jenama aftermarket hendak dibawa oleh Toyota?

 

Toyota Vios Sports Edition

 

Toyota nampaknya menyedari bahawa jenama-jenama tersebut saling bertindih di antara satu sama lain dan bermula 1 April 2018, tiga subsidiarinya iaitu Toyota Technocraft Co., Ltd. (Technocraft), J-TACS Corporation (J-TACS), dan Toyota Modellista International Corporation (Modellista) bakal disatukan di bawah satu syarikat.

Pertindihan tersebut tidak menjadi masalah sangat memandangkan ketiga-tiga subsidiari tersebut saling berkerjasama dalam membantu Toyota mengembangkan bisnesnya.

Walau bagaimanapun disebabkan persaingan global yang semakin hebat, Toyota merasakan syarikat baharu tersebut akan menjadi teras kepada perniagaan naik taraf dan aksesori kepada Kumpulan Toyota dan diperlukan untuk membuat penambah baikan dalam semua perkara seperti perancangan, pembangunan, pengeluaran, jualan dan juga mengembangkan bisnes di peringkat global dalam menawarkan produk yang menarik kepada pasaran.

 

Toyota Harrier GR Sport

 

Gabungan ini akan membawa kepakaran tiga syarikat di bawah satu bumbung dan meraih sumber yang ada pada mereka bagi menawarkan produk kepada pasaran. 

Toyota juga percaya bahawa pengukuhan dalam organisasi yang memberi sokongan kepada aktiviti permotoran mereka mampu menyumbang kepada sasaran dalam menghasilkan kereta lebih baik kepada pelanggan.

Berikut ialah sasaran spesifik untuk syarikat baharu tersebut:

1. Memperkukuh keupayaan pembangunan produk dan daya saing kos dalam bidang naiktaraf dan aksesori sebagai respon kepada kepelbagaian minat pelanggan

2. Memperluas dan mengukuhkan perniagaan naiktaraf dan aksesori di seluruh dunia

3. Memperkukuhkan struktur sokongan untuk sukan permotoran dan menawarkan produk menarik

4. Memperbaiki kecekapan di semua bahagian termasuk perancangan, pembangunan, pengeluaran, jualan, dan pentadbiran

Toyota WRC

Sejak kebelakangan ini, Toyota banyak mengambil langkah dengan melihat ke dalam (inwards) dan walaupun nampak seperti kecil ia sebenarnya penting untuk gergasi seperti Toyota agar mereka sentiasa berwaspada dengan perubahan sekeliling dan tidak lena diulit mimpi kejayaan.

Satu hari nanti, mungkin Toyota akan kembali dengan produk menyeronokkan seperti era Celica, Levin dan Supra. Sedap dipandu tetapi tahan lasak dan bukan sebuah objek mobiliti semata-mata.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…