Toyota sambut Corolla yang ke-50 juta dengan siri komik khas

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Corolla.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Nama yang sudah tidak asing lagi dalam dunia permotoran sebagai sedan yang paling laris terjual di dunia, dan tahun ini mencatatkan detik bersejarah di mana Corolla telah berjaya mencapai angka yang ke-50 juta.
 

Corolla


Sebagai meraikan pencapaian tersebut, Toyota pada bulan lalu telah melancarkan tiga model edisi khas, serta siri komik bertemakan Corolla itu sendiri.

Menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Car, siri komik (di Jepun ia digelar sebagai manga) itu menampilkan cerita yang tersendiri berdasarkan setiap dekad kehadiran model tersebut dalam dunia.

Malah, setiap satu cerita itu diinspirasikan daripada gambar yang dihantar sendiri oleh pemilik Corolla.
 

Corolla


Sebagai contoh, pada tahun 1980-an seorang wanita muda melahirkan rasa marah kepada teman lelakinya dan bertanyakan kepada lelaki itu mengabaikan beliau.

Namun hakikatnya, lelaki itu telah membeli sebuah Toyota AE86 untuk mencapai impiannya menjadi seorang pelumba professional.
 

Initial D


Pernah dengar cerita ni bukan? Macam Initial D. Tapi bukan cerita aksi langsung yang dihasilkan oleh orang Hong Kong (gambar atas). Haram tak sedap, caca marba sungguh jalan cerita dia.

Sekiranya berminat, komik penuh boleh dibaca pada pautan INI sekiranya anda mahir membaca tulisan Jepun.
 

Corolla


Di Jepun, Toyota Corolla edisi 50 juta ini boleh didapati dalam bentuk sedan Corolla, hatchback Corolla Sport, dan wagon Corolla Touring.

Ketiga-tiga model ini mendapat rim aluminium kemasan matte black, kemasan hitam berkilat pada gril bawah dan spoiler belakang, serta lencana '50 Million Edition' pada fender hadapan.

Sementara ruang kabin pula turut menerima lencana '50 Million Edition', serta opsyen trim khas termasuk upholsteri kulit sistetik dan bahan 'Rezatec' yang mampu mengurangkan elektrik statik daripada baju penumpang.
 

Corolla


Kesemua model edisi khas ini didatangkan dengan unit trenkuasa hibrid, terdiri daripada enjin aspirasi natural 1.8 liter dan motor elektrik dengan output gandingan 1`21 hp, serta transmisi CVT.

Corolla 50 Million Edition dijual pada harga bermula dari ¥2,830,000 (RM102,759) untuk versi Corolla Sport, ¥2,835,000 (RM102,940) untuk sedan Corolla, dan ¥2,884,500 (RM104,737) untuk versi Corolla Touring.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…