Toyota sah pembangunan Toyota GR Super Sport versi jalanan - hypercar 986 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|

Hujung minggu lalu menyaksikan Toyota mempertahankan gelaran juara perlumbaan 24 jam Le Mans di tangan Fernando Alonso, Sebastien Buemi dan Kazuki Nakajima dalam jentera nombor 8 TS050 Hybrid. 

Manakala tempat kedua pula jatuh kepada jentera nombor 7 TS050 yang dipandu oleh Mike Conway, Kamui Kobayashi dan Jose Maria Lopez, 16.9 saat dibelakang rakan sepasukan. 

Sebaga makluman, ini merupakan tahun terakhir World Endurance Championship (WEC)  yang menampilkan kategori prototaip LMP1, dan ia akan digantikan dengan kategori Hypercars pada musim hadapan. 

 


Untuk peraturan baharu bagi kategori Hypercars ini, FIA mengenakan syarat produksi model jalanan khas homologasi sekurang-kurangnya 20 unit dan menjualnya dalam masa dua tahun. 

Jadi, Toyota GR Super Sport merupakan calon sesuai bagi bertanding di dalam kategori Hypercars tersebut dan menurut Gazoo Racing lagi, GR Super Sport versi perlumbaan dan produksi jalanan kini sedang dibangunkan di Toyota City dan juga di Toyota Motorsport GmbH, Jerman. 
 


Menurut Presiden Gazoo Racing, Shigeki Tomoyama berkata, "bagi Toyota Gazoo Racing, perlumbaan era baharu ini merupakan peluang keemasan bagi menunjukkan kepakaran kami, bukan sahaja di dalam perlumbaan, malah sebagai pengeluar kereta sports sebenar!"

Untuk perlumbaan di dalam kategori Hypercars, jentera yang digunakan mestilah mempunyai kuasa maksimum 750 kuasa kuda, dan sistem hibrid yang digunakan tidaklah melebihi 270 kuasa kuda. 
 


Dan bagi menggalakkan lagi penggunaan sistem hibrid ini pada jentera lumba, ia mestilah digunakan untuk memacu roda hadapan, sekaligus memberikan keupayaan sistem pacuan semua roda kepada jentera yang digunakan. 

Model konsep Toyota GR Super Sport diberitakan menggunakan enjin 2.4 liter V6 turbo berkembar yang dicagakkan di tengah kenderaan, dan bantuan sistem hibrid yang menghasilkan 986 kuasa kuda secara keseluruhannya. 

 


Menurut Toyota lagi, harga jualan juga dijangka akan mencecah segmen Hypercar, bermula dari enam angka sehinggalah kemungkinan mencecah nilai $1 juta (RM4.18 juta)!

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat usahasama itu akan dibuat tahun hadapan dan akan beribu-pejabat di China. Nilai pelaburan…
Berita Domestik
Ia adalah litar paling panjang dan paling laju pernah dibina untuk siri perlumbaan itu. Di bawah…
Berita Global
Namun, menurut laporan daripada laman automotif Best Car Japan, kerjasama antara kedua pihak…