Toyota sah hentikan penawaran Land Cruiser di US selepas 2021

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun lalu, terdapat beberapa khabar angin yang mendakwa Toyota US bakal menghentikan penawaran model SUV off-road terkenal, Land Cruiser selepas model tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan daripada laman web Car and Driver yang menemubual beberapa francais pengedaran di sana mengesahkan bahawa Toyota tidak lagi akan menawarkan Land Cruiser yang ikonik itu untuk pasaran tersebut.

Sumber itu memberitahu, "(Land Cruiser) tidak lagi wujud selepas 2022, namun saya yakin ia akan kembali suatu hari nanti."

Toyota Land Cruiser generasi terkini (J200) sudah pun berada di pasaran semenjak tahun 2007 lagi dan pelbagai jenis penambahbaikan telah pun ditawarkan bagi menjadikan ia sebuah SUV yang malar segar.

 


Namun, tidak dapat dinafikan beberapa faktor yang menyebabkan Toyota terpaksa menghentikan penawaran SUV tersebut.

Faktor utama adalah rekod jualan yang semakin merudum saban tahun di mana untuk tahun 2019 sahaja 3,536 unit Toyota Land Cruiser berjaya dijual.

Selain daripada itu, faktor penjimatan bahan api juga tidak menyebelahi Toyota Land Cruiser apabila SUV itu mencatatkan bacaan gabungan 14 mpg menurut data EPA (atau 16.8 liter untuk setiap 100 km).

 


Dalam kemaskini terbaharu, Toyota telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi seperti berikut:

"Toyota Land Cruiser telah menjadi satu nama lagenda selama lebih 60 tahun, dan walaupun ia sudah dihentikan penawarannya di Amerika selepas 2021, kami kekal komited terhadap segmen SUV besar dan akan terus meneroka produk masa hadapan bagi meraikan nama Land Cruiser yang kaya dengan sejarah off-road.

Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Bersempena dengan pengenalan Land Cruiser Prado 2024, Toyota turut memperlihatkan model Land…
Berita Global
Alternatifnya, para pembeli di pasaran tersebut boleh mendapatkan kembar Land Cruiser generasi…