Baru-baru ini Toyota telah mendedahkan secara rasmi mereka bakal menghasilkan pengganti kepada model hatchback kecil itu untuk pasaran Eropah yang dikatakan bakal dibina menggunakan platform Yaris dan Yaris Cross - pelantar GA-B.
Sebagai sebuah kereta bandar yang lebih mampu milik, kereta kecil ini akan dibekalkan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) bersesaran kecil, serta penawaran sistem hibrid boleh cas sendiri.
Namun, tiada varian EV akan dihasilkan oleh Toyota.
Menurut siaran media Toyota, pemilihan trenkuasa adalah amat penting untuk sebuah kereta segmen A, melihatkan kepada kos yang menjadi pertimbangan ramai pihak.
"Tinjauan pasaran turut mendapati keadaan ini akan dijangka berterusan, di mana akses kewangan kekal menjadi satu pertimbangan yang dominan di kalangan pelanggan.
Gambar Intip Toyota Aygo 2022 - sumber Motor1