Toyota rombak strategi EV, sasar Tesla sebagai tanda aras

oleh Mohamad Hanif|
Penghujung tahun yang lepas, Toyota dan Lexus memperlihatkan kira-kira 15 buah kenderaan elektrik dengan merancang untuk memperkenalkan 30 EV menjelang akhir dekad ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, berdasarkan laporan terbaharu daripada Reuters, pengeluar terbesar global itu kini sedang dalam proses untuk merombak semula hala tuju EV, dan dalam masa yang sama langkah itu akan memberikan kesan kepada model yang bakal diperkenalkan kelak.

Menurut Reuters, antara model yang terjejas pembangunannya termasuklah Toyota Crown EV dan crossover Toyota Compact Cruiser yang bertindak sebagai pengganti kepada model FJ Cruiser.

Tidak dapat dipastikan sama ada model-model EV lain turut terjejas akibat rombakan semula pelan ini.
 

EV


Tambah laporan itu lagi, satu pasukan telah dibentuk untuk membentuk strategi baharu bagi menambahbaik platform e-TNGA sedia ada, atau tampil dengan platform serba baharu seawal tahun depan.

Ini mungkin memberikan petanda platform e-TNGA akan digugurkan lebih awal berbanding jangkaan, tanpa sempat Toyota memperkenalkan kesemua 30 EV yang telah dirancang sebelum ini.

Toyota bZ4X merupakan EV pertama yang dibina atas pelantar fleksibel e-TNGA, dengan sasaran pada ketika itu untuk menjual sehingga 3.5 juta EV setiap tahun menjelang tahun 2030, atau kira-kira satu pertiga daripada output tahunan pengeluar itu.
 

EV


Namun, melihatkan kepada kadar penggunaan dan pemilikan EV yang semakin pantas berkembang di seluruh dunia, Toyota nampaknya perlu memikirkan semula strategi baharu untuk bersaing dengan Tesla yang kini merupakan tanda aras bagi Toyota.

Menurut sumber yang enggan dikenali, untuk membangunkan platform EV yang khusus mampu memakan masa sekurang-kurangnya lima tahun, dan salah satu cara yang boleh dibuat adalah dengan memanjangkan hayat e-TNGA dengan memadankannya bersama teknologi baharu.

Langkah rombakan semula itu dilihat mampu memperlahankan perancangan semasa Toyota untuk melancarkan produk-produk baharu EV pada masa akan datang.

Namun yang pasti, ia mampu menjadikan Toyota jauh lebih berdaya saing dengan menjadikan proses pembuatan yang ditambahbaik yang disusuli dengan pengurangan kos, sekaligus menjadikan EV yang lebih mampu milik.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…