Toyota Research Institute bangunkan teknik AI, boleh cepatkan reka bentuk kereta

oleh Muhammad Md Tajudin|
AI Toyota Research Institute
AI Toyota Research Institute
Biasanya kenderaan konsep tidak sama dengan unit produksi dan tidak dinafikan ada yang mirip model konsep yang dipertonton kepada orang ramai.

Perkara tersebut terjadi kerana reka bentuk sebenar perlu mengambil kira faktor penting seperti aerodinamik dan sebagainya.

Idea asal pereka perlu disesuaikan dengan keperluan kejuruteraan seperti praktikaliti prestasi, keselamatan dan kegunaan harian.
AION MREC Banner Campaign May 2024
AI Toyota Research Institute

 

Pertembungan di antara estetik dan kejuruteraan adalah perkara biasa dan bagaimana perkara tersebut dapat diuruskan?

Melalui teknik baharu yang dibangunkan Toyota Research Institute (TRI), pereka dapat memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) pada peringkat awal reka bentuk.

Lakaran awal dan kekangan kejuruteraan boleh diintegrasi melalui teks kepada imej menggunakan proses AI.

 

AI Toyota Research Institute

 

Sebagai contoh, menggunakan prom teks pereka boleh meminta AI sejumlah reka bentuk berdasarkan lakaran awal dengan ciri gayaan spesifik seperti moden, ala SUV dan bergaya.

Pada masa yang sama sistem mengoptimumkan metrik prestasi secara kuantitatif. 

Kaedah tersebut boleh mengurangkan perubahan yang perlu dibuat kemudian dan kompromi di antara reka bentuk dan kejuruteraan.

Manfaat yang diperoleh ialah proses rekabentuk kereta elektrifikasi boleh dilakukan dengan lebih pantas dan cekap.

 

Toyota Prius 2023

 

Ciri aerodinamik dapat dioptimumkan melalui maklumat awal tentang pengurangan seretan yang merupakan faktor penting bagi memaksimumkan jarak pemanduan kenderaan elektrik.

Penyelidik TRI telah menerbitkan dua kertas penyelidikan yang menerangkan bagaimana teknik tersebut mengintegrasikan kekangan kejuruteraan ke dalam proses reka bentuk.

Sebagai contoh, seretan yang mempengaruhi kecekapan penggunaan bahan api dan dimensi casis boleh diintegrasi ke dalam penjanaan AI. 

Selain seretan, ciri dimensi seperti kelegaan bumi dan saiz kabin memberi kesan kepada pengendalian, ergonomik dan keselamatan.

 

Toyota Prius 2023

 

TRI menggabungkan prinsip teori pengoptimuman yang diguna secara meluas di dalam kejuruteraan berbantu komputer dengan AI yang dijana berasaskan teks kepada imej.

Algoritma yang terhasil membolehkan pereka mengoptimumkan kekangan kejuruteraan dan kekal menggunakan prom berasaskan teks untuk penjanaan proses AI.

Seperti contoh yang dinyatakan di atas, melalui prom teks, pereka boleh meminta sejumlah rekaan berdasarkan lakaran dengan gayaan spesifik seperti moden, ala SUV dan bergaya.

Di dalam kertas penyelidikan yang diterbitkan, TRI memfokuskan kepada seretan aerodinamik.

 

Toyota bZ Compact SUV Concept

 

Tidak hanya aerodinamik, teknik itu juga boleh mengoptimumkan sebarang metrik prestasi lain atau kekangan yang disimpulkan daripada imej reka bentuk.

Secara ringkas, teknik yang dibangunkan TRI memudahkan pereka dan jurutera kerana AI memberi panduan berdasarkan faktor estetik dan kejuruteraan.

Tidak perlu buat kerja dua kali atau parameter yang ditunjukkan boleh diteroka dengan lebih mendalam.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota bZ Compact SUV Concept