Ini menjadikan RAV4 sebagai model pertama daripada jenama Toyota selepas kedudukan tersebut dirasai oleh Toyota Prius pada tahun 2009 dan 2010.
Toyota RAV4 memperoleh skor sebanyak 426 mata mengalahkan Mazda3 di keduduka kedua (328 mata) dan BMW 3 Series (290 mata).
Menurut JCOTY, Toyota RAV4 telah dipilih sebagai pemenang kerana keupayaan dan tahap versatiliti trenkuasanya, serta ruang kabin yang luas, terima kasih kepada penggunaan platform TNGA-K yang digunakannya.
Baca: Toyota RAV4 dilancarkan di Jepun
Baca: Toyota RAV4 Singapore Motor Show 2019
Jika diteliti spesifikasi Toyota RAV4 pasaran Jepun, pengguna di sana ditawarkan dalam enam varian iaitu X, G, Z Package, Adventure, Hybrid X dan juga Hybrid G.
Versi asas menerima nadi 2.0 liter Dynamic Force berkuasa 196 hp dan 207 Nm, serta ciri Dynamic Torque Control 4WD yang mengawal aliran kuasa secara seimbang kepada semua roda, atau roda hadapan sahaja sekiranya keadaan tidak memerlukan sistem pacuan 4WD.
RAV4 versi hibrid pula datang dengan enjin 2.5 liter Dynamic Force dengan gandingan motor elektrik yang memberikan kuasa gabungan 215 hp (2WD) dan 219 hp (e-AWD).
Menariknya, sistem e-AWD ini mampu untuk menukar kadar distribusi daya kilas roda hadapan ke roda belakang dengan nisbah bermula dari 100:0 sehinggalah kepada 20:80.
Sementara itu, kami turut mendapat khabar berita bahawa Toyota RAV4 juga sedang dalam perancangan untuk dibawa masuk ke pasaran Malaysia, selepas pelancaran rasminya di Singapura (awal tahun lalu) dan Filipina.
Jika dibandingkan dengan spesifikasi Toyota RAV4 Singapura, negara jiran kita hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja, dikuasakan oleh enjin 2.0 liter M20A-FKS yang mampu menjana kuasa sekitar 170 bhp dan daya kilas 203 Nm yang masuk penuh pada 4,400 rpm dengan transmisi CVT.
Ciri standard yang ditawarkan oleh Toyota RAV4 pasaran Singapura merangkumi ciri pencahayaan lampu suram, slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar, tujuh buah beg udara sebagai ciri standard dan juga Toyota Safety Sense iaitu:
- Amaran Penukaran Laluan
- Kawalan Pelayaran Berasaskan Radar
- Lampu Suluhan Tinggi Automatik
- Amaran Pra-Pelanggaran
- Brek Kecemasan Automatik
Menurut sumber dalaman, harga jualan Toyota RAV4 (disyaki unit import sepenuhnya) bakal memiliki tanda harga yang menghampiri RM200 ribu dengan anggaran tempoh masa seawal suku kedua 2020.
Mahal?
Sebagai perbandingan, harga jualan Toyota RAV4 di Singapura bermula dari $119,988 (RM363,606) seunit.
Baca: Toyota RAV4 Modellista
Baca: Toyota RAV4 TRD Off-road
Baca: Toyota RAV4 Prime - Crossover Plug-in Hybrid