Toyota RAV4 generasi kelima - dua varian, harga dari RM196 ribu

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor telah menambah sebuah lagi model crossover baharu ke dalam barisan penawaran model sedia ada, iaitu generasi kelima Toyota RAV4 menerusi acara pelancaran dalam talian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dimulakan dengan varian asas, RAV4 2.0 liter hadir dengan enjin Dynamic Force 2.0 liter M20A-FKS yang mampu menjana 173 PS dan daya kilas 207 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Manakala varian tertinggi RAV4 2.5 liter pula dilengkapi dengan enjin Dynamic Force A25A-FKS dengan output setinggi 207 PS dan 243 Nm daya kilas yang digandingkan dengan transmisi automatik Direct-Shift lapan nisbah kelajuan.

 


Enjin baharu Dynamic Force ini turut menerima teknologi pemasa injap boleh ubah pintar VVT-iE yang menawarkan kadar kecekapan yang lebih baik berbanding enjin pembakaran dalaman yang lain.

Terdapat tiga mod pemanduan ditawarkan iaitu Eco, Normal dan Sport yang boleh disesuaikan mengikut gaya pemanduan, selain kehadiran ciri paddle shifter membolehkan pemandu menukar posisi gear dengan lebih mudah.

 


Antara ciri menarik yang ditawarkan pada ruang kabin termasuklah paparan meter Optitron dengan skrin Multi Information Display berwarna bersaiz tujuh inci, skrin infotainmen tujuh inci dengan enam pembesar suara, sambungan kepada Mirrorlink, Miracast, Apple CarPlay dan Android Auto, serta ciri arahan suara tersedia.

Tempat duduk hadapan menampilkan sokongan tulang belakang bagi menampung postur duduk yang lebih selesa, ciri pengudaraan serta sistem pelarasan lapan arah dan ciri memori.

 


Ciri-ciri lain yang ada termasuklah sistem kemasukan tanpa kunci, slot USB, pengecas peranti pintar nirwayar Qi, ruang simpanan, ciri pencahayaan lembut, tempat duduk baris kedua yang boleh dilipat dengan nisbah 60:40 dan pintu belakang dengan ciri pengesan gerak kaki.

Tidak dilupakan, ciri keselamatan wajib Toyota Safety Sense yang merangkumi sistem amaran pra-pelanggaran, amaran penukaran lorong dengan bantuan stereng, bantuan pengesan lorong, kawalan pelayaran radar dinamik untuk semua kelajuan dan bantuan suluhan tinggi automatik.

Apa yang menarik pada Toyota RAV4 ini adalah sistem telematik kenderaan yang menggunakan ciri GPS/GSM yang mampu mengesan dan memudahkan pencarian kenderaan sekiranya ia dicuri.

 


Terdapat perubahan harga berikutan pengumuman pengecualian cukai jualan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, di mana Toyota RAV4 kini dijual pada harga bermula dari RM196,436 (varian 2.0L) sehinggalah RM215,665 untuk varian 2.5 liter yang lebih premium.

Bagi mereka yang berminat boleh melihat dengan lebih dekat Toyota RAV4 di semua bilik pameran sah Toyota bermula 18 Jun 2020.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan tersebut mendedahkan hampir 25 peratus daripada pembeli baharu mempertimbangkan model…
Berita Global
  RAV4 GR SPORT  RAV4 GR SPORT menggunakan teknologi hibrid Toyota generasi keempat dengan…
Berita Global
Rupa paras Corolla Cross tidaklah seagresif pesaing dalam segmennya, namun bagaimana jika anda…