Toyota Raize laku keras di Jepun, kalah Corolla!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun lebih dikenali sebagai sebuah model tukar lencana daripada Daihatsu Rocky, ternyata Toyota Raize mempunyai pengaruh yang cukup besar di Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, jumlah jualan yang dicapai oleh Toyota Raize sebenarnya sudah pun melebihi jumlah yang dicapai oleh Toyota Corolla!

Menurut satu laporan daripada Best Car Web seperti yang dipetik oleh Autonetmagz, Toyota Raize berjaya dijual sebanyak 10,220 unit untuk bulan Januari, satu peningkatan daripada angka 9,117 unit (Disember) dan 7,484 unit (November). 

 

 


Ini bermakna, Toyota berjaya melepasi sasaran jualan bulanan yang ditetapkan sebanyak 4,000 unit sahaja, dengan pencapaian jualan selama enam bulan dalam masa kurang daripada tempoh yang ditetapkan. 

Jika dibandingkan dengan Toyota Corolla, sedan segmen C itu hanya berjaya dijual sebanyak 8,480 unit untuk bulan pertama tahun 2020. 
 


Berikutan peningkatan permintaan yang cukup menggalakkan, kilang Daihatsu di Ikeda terpaksa beroperasi pada kapasiti penuh, dimana kedua-dua model Raize dan Rocky diproduksikan, dan menurut khabar, tempoh menunggu adalah sekitar empat bulan!

Dari segi kuasa, Toyota Raize ditawarkan dalam satu varian enjin sahaja, iaitu enjin tiga silinder 1.0 liter pengecas turbo yang mampu menjana 97 kuasa kuda dan 140 Nm daya kilas. 


Ia dipadankan dengan transmisi D-CVT (Dual mode CVT) yang menampilkan dua mod pacuan yang berbeza iaitu mod talisawat dan mod gear, di mana kedua-duanya digunakan pada kelajuan yang tinggi bagi meningkatkan keberkesanan transmisi. 

Harga jualan pula bermula dari ¥1,679,000 (RM63,716) untuk varian asas manakala program langganan bulanan pula hanyalah serendah ¥39,820 (RM1,511). 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Dimana kali ini ia melibatkan pensijilan UN-R135, iaitu ujian impak tiang sisi pada model Daihatsu…
Berita Global
Diposisikan di bawah model HR-V, Honda WR-V 2023 tidak lagi merupakan sebuah crossover hatchback…