Toyota Raize 2020 - SUV kompak segmen B, bakal diperkenalkan di Jepun 5 November ini

oleh Mohamad Hanif|
Daihatsu pada acara Tokyo Motor Show baru-baru ini telah memperlihatkan secara rasmi sebuah SUV kompak segmen B yang tidak diketahui namanya, namun berdasarkan dimensi ia adalah saudara kecil kepada Rush/Aruz yang dijual masa kini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, terima kasih kepada life30on, terdapat beberapa keping gambar brosur berkenaan Toyota Raize sudah pun terdedah, dan ia sebenarnya adalah kembar kepada SUV Daihatsu itu dengan penampilan yang lebih stailo.

Difahamkan, Toyota Raize lebih kepada calon pengganti sebenar Toyota Rush (masih ingat Perodua Nautica?) generasi kedua yang dijual sehingga tahun 2017. 
 


Toyota Raize/SUV Daihatsu/bakal model baharu Perodua ini dibangunkan menggunakan platform DNGA dan memiliki dimensi badan 3,995 mm x 1,695 mm x 1,620 mm dan jarak antara roda 2,525 mm. 

Dengan dimensi yang lebih kurang serupa, Toyota Raize bakal dipasangkan nadi 1.0 liter tiga silinder sebaris berkuasa turbo, dengan perancangan untuk memperkenalkan varian pacuan empat roda (4WD). 

Dari segi luaran, ia bakal membawakan kombinasi elemen yang pernah ditunjukkan oleh kereta konsep DN Trek (Tokyo Motor Show 2017). 

Penampilan SUV yang lebih agresif ini dibuat memandangkan ia lebih dipasarkan kepada golongan yang memiliki gaya hidup yang serba aktif, gembira dan tahan lasak. 
 


Dari segi kedudukan dalam pasaran, ia bakal diposisikan sedikit kecil dan lebih murah berbanding crossover C-HR yang mana ia sedikit mengingatkan kita kepada model mini RAV4 suatu ketika dahulu. 

SUV Daihatsu ini juga sebenarnya dikatakan merupakan calon model baharu Perodua D55L, jadi tidak menghairankan sekiranya SUV ini turut menerima sedikit sentuhan daripada Perodua.