Toyota Proace City tawar ruang kargo terbesar dalam kelasnya - 4,300 liter!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Toyota Proace di Eropah bukanlah hasil pembangunan asli daripada Toyota, dan jika anda perhatikan betul-betul, ia akan mengingatkan anda dengan sebuah jenama besar, PSA.

Benar, anda tidak salah kerana Toyota Proace sebenarnya berkongsi banyak benda dengan van kompak di bawah jenama tersebut, seperti Puegeot Partner, Citroen Berlingo dan Opel/Vauxhall Combo. 
 


Sama seperti model adik-beradik yang lain, Proace City menawarkan ruang kargo bermula dari 3,300 liter untuk model asas sehinggalah kepada 4,300 liter untuk model yang berdimensi lebih panjang. 

Ini menjadikan Proace City salah satu kenderaan yang mampu membawa dua palet Euro di dalam kelasnya. 

Toyota Proace City hadir dengan tiga stail badan; van panel, van kru dan van penumpang, dan dua dimensi panjang iaitu 4.4 meter dan 4.7 meter. 
 


Untuk versi van penumpang pula digelar sebagai Proace City Verso, menawarkan ruang tempat duduk dari lima sehingga tujuh tempat duduk. 

Ciri Smart Cargo pula membolehkan tempat duduk penumpang belakang dilipat dan menawarkan ruang kargo terbaik di dalam kelasnya, dengan kepanjangan dimensi 3.1 meter untuk versi pendek dan 3.4 meter untuk versi panjang, dengan had berat sekitar 1 tan!

Terdapat dua versi enjin ditawarkan iaitu petrol dan diesel dengan pilihan output bermula dari 74 hp sehinggalah 128 hp, dan transmisi manual lima atau enam nisbah kelajuan dan automatik lapan nisbah kelajuan. 
 


Antara ciri keselamatan standard yang dimuatkan termasuklah:

  • Sistem pra-pelanggaran
  • Bantuan Papan Tanda Jalan
  • Bantuan Kekal Laluan
  • Kawalan Pelayaran
  • Sistem Pengesan Tumpuan Pemandu

Manakala ciri opsyen pula terdiri daripada: 

  • Lampu Suluh Automatik
  • Sway Warning
  • Sistem Bantuan Papan Tanda Jalan Tambahan
  • Kawalan Pelayaran Adaptif
  • Pemantauan Titik Buta

Toyota Proace akan membuat kemunculan di acara Commercial Vehicle Show 2019 di Birmingham dan memasuki pasaran Eropah bermula seawal tahun 2020.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota Proace Verso Electric 2021 Eropah   Siri Proace Verso kini digerakkan rangkaian kuasa…