Toyota Prius Plug-in 2019, dulu 4 kini 5 tempat duduk, reka bentuk luar biasa

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sepuluh tahun lalu Toyota Prius generasi ketiga pernah dipasarkan di negara kita pada harga yang menakjubkan iaitu RM175,000. Kemudian pada 2011 harga Prius diturunkan kepada RM140,000 selepas kerajaan mengumumkan insentif cukai untuk kenderaan hibrid di bawah 2,000 cc.

Pada 2014 harga Prius meningkat kepada RM231,000 selepas insentif tersebut tamat pada penghujung 2013. Harga yang tidak mesra pengguna tersebut menjadikan kereta hibrid ini tidak lagi menarik.

Walaupun tiada lagi insentif, kerajaan sebenarnya mempunyai skim khusus untuk kenderaan cekap tenaga (EEV) yang dipasang di dalam negara (CKD) dan disebabkan itu kita masih boleh menikmati model hibrid Honda Jazz, City, HR-V dan Hyundai IONIQ pada harga berpatutan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Toyota Prius

 

Di peringkat global, Prius masih segar bugar dan kini memasuki generasi keempat. Model ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2015 dan versi facelift dilancarkan pada tahun 2018.

Prius generasi ketiga mempunyai reka bentuk seperti kereta kebanyakan namun berbeza sama sekali untuk generasi keempat. Kami berpendapat model ini mempunyai reaksi berbeza daripada pengguna ibarat memberi pendapat tentang lukisan atau objek seni yang provokatif.

Prius generasi keempat juga menunjukkan Toyota berani bereksperimen dan tidak hadir hanya hadir dengan reka bentuk selamat. Satu keunikan pada Prius Plug-in Hybrid di pasaran Eropah ialah jenis kerusi berempat dan bukan lima seperti kebiasaan kereta sedan.

 

Toyota Prius  2017 - Empat tempat duduk
Toyota Prius  2017 - Empat tempat duduk

 

Rekaan tersebut ala Volkswagen Passat CC atau Porsche Panamera dengan bahagian tengah kerusi mempunyai pemisah bagi membahagikan tempat duduk kanan dan kiri.

Walau bagaimanapun, konfigurasi yang diperkenalkan pada tahun 2017 itu tidak bertahan lama apabila Toyota memperkenalkan Prius Plug-in Hybrid dengan lima tempat duduk pada Julai 2019. Tempat duduk empat atau lima, Prius Plug-in Hybrid kekal canggih dengan konsep dua kereta dalam satu.

Dua sistem tersebut ialah nadi kuasa hibrid atau mod EV penuh dengan jarak pemanduan sehingga 45 kilometer dan kelajuan maksimum 135 km/j. Satu lagi ciri canggih pada Prius ini ialah bumbung dengan panel solar bersaiz besar yang membekalkan kuasa elektrik untuk mengecas bateri hibrid.

 

Toyota Prius 2019 - Lima tempat duduk
Toyota Prius 2019 - Lima tempat duduk

 

Bergantung kepada keadaan cuaca, pengecasan daripada solar mampu meningkatkan jarak pemanduan mod EV sehingga lima kilometer sehari atau bersamaan dengan 1,000 kilometer jika dipandu sebanyak 200 hari dalam setahun.

Memang canggih bukan? Cuma Prius tidak dipasarkan di negara kita untuk rakyat kembali menikmatinya seperti tahun 2011 dahulu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…