Menurut laporan media Jepun iaitu Best Car Web, Toyota sedang merancang untuk memperkenalkan Prius dengan lencana GRMN bersama beberapa naik taraf prestasi, ianya dijangka tiba menjelang tahun 2023 atau 2024.
Prius GRMN dilaporkan akan dibina diatas platform GA-C yang sama seperti GR Corolla bersama naik taraf unibody dan kimpalan tambahan untuk menguatkan lagi casis tersebut.

Ia juga akan meneriman naik taraf sistem brek, suspensi dan kemasan dalaman eksklusif GR yang lebih sporty dan menarik.
Namun, maklumat mengenai trenkuasa yang akan digunakan Toyota tidak dapat dipastikan, sumber juga mengatakan bahawa Prius GRMN akan diasakan dari model Prius PHEV.
Varian Prius PHEV dikuasakan oleh enjin Dynamic Force 2.0 liter dipadankan bersama motor elektrik menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 220 HP.

Disebabkan Prius tersebut berkongsi platform yang sama dengan GR Corolla, tidak mustahil juga ia akan dikuasakan oleh enjin G16E-GTS 3 silinder 1.6 liter turbo dipadankan dengan trenkuasa hibrid yang belum pernah dilakukan Toyota.
Apa-apa pun kita nantikan ketibaannya yang dijangka muncul seawal akhir tahun ini, antara sesuatu yang menarik dari Toyota dalam era elektrifikasi masa kini.