Menurut kajian terbaharu daripada iSeeCars, jenama yang sinonim dengan ketahanan dan kebolehpercayaan, Toyota masih mengekalkan takhta teratas untuk kereta yang masih lagi disimpan oleh pemilik asal untuk tempoh 15 tahun dan ke atas.
Mengejutkan apabila model yang tidak disangka, Toyota Prius merupakan antara model yang paling banyak disimpan oleh para pemilik asal, merangkumi 13.7 peratus atau 2.2 kali lebih banyak berbanding nilai purata.
Terdapat beberapa kategori yang disenaraikan oleh iSeeCars, dan kebanyakan kategori dikuasai oleh kenderaan berjenama Toyota, seperti SUV (Toyota Highlander), dan trak (Toyota Tacoma).
iSeeCars turut memasukkan kategori kereta sports yang paling lama disimpan oleh pemilik asal, dan kategori tersebut nampaknya dimenangi oleh satu-satunya calon daripada negara Jepun, iaitu Mazda MX-5 mengalahkan model-model lain seperti BMW Z4, BMW M5, Chevrolet Corvette, Ford GT dan Audi S4.
Sumber: iSeeCars