Toyota Portable Hydrogen Cartridge - isian hidrogen bawa dengan tangan, bakal pengubah keadaan?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Portable Hydrogen Cartridge
Toyota Portable Hydrogen Cartridge
Ungkapan paling sesuai ialah, Toyota cakap, Toyota buat! Itulah kesimpulan yang tepat untuk Toyota di dalam bidang hidrogen.

Di antara rungutan utama mengenai penggunaan hidrogen ialah tempat pengisian dan cabaran yang sama dihadapi kenderaan elektrik bateri (BEV).

Kenderaan isian petrol atau diesel pun begitu pada peringkat awal sebelum stesen minyak bertambah dari hari ke hari dan memakan masa puluhan tahun.

Toyota tidak melihatnya sebagai penghalang dan menjadikannya satu cabaran dan peluang.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Toyota Portable Hydrogen Cartridge

 

Ini pula inovasi terbaru dari Toyota iaitu Katrij Hidrogen Mudah Alih (Portable Hydrogen Cartridge) yang mungkin menjadi pengubah keadaan.

Toyota sedang melakukan kajian dan penyelidikan ke arah masyarakat neutral karbon berdasarkan pendekatan pelbagai laluan (multi-pathway).

Toyota tidak menumpukan pada satu bidang sahaja sebagai contoh bateri tetapi juga sumber lain seperti hidrogen.

Hidrogen boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik di dalam sistem sel bahan api dan bahan untuk pembakaran kebuk.

 

Toyota Portable Hydrogen Cartridge

 

Hidrogen merupakan tenaga bersih yang tidak mengeluarkan karbon dioksida semasa digunakan dan menghasilkan wap air dari muncung ekzos.

Pelepasan karbon boleh dikurangkan di dalam proses pengeluaran melalui penggunaan sumber tenaga boleh baharu seperti angin dan solar.

Inovasi terbaru yang Toyota buat ialah isi hidrogen dalam tangki kecil dan boleh dibawa dengan tangan.

Satu idea yang bernas dan tidak pelik kerana gas butana untuk berkhemah dibawa dengan tangan ke sana ke sini.

 

Toyota Portable Hydrogen Cartridge

 

Gas memasak juga diangkut dengan motosikal! Bezanya ialah Toyota perlu membuktikannya selamat.

Inovasi terbaru ini direka untuk menjadikan hidrogen sebagai satu sumber tenaga yang biasa dan selamat dan boleh digunakan pada kehidupan seharian.

Toyota mempertontonkan katrij hidrogen buat kali pertama pada acara Japan Mobility Show Bizweek 2024 dari 15 sehingga 18 Oktober.

Dapur memasak menggunakan hidrogen yang dibangunkan bersama Rinnai Corporation turut dipamerkan.

 

Toyota Portable Hydrogen Cartridge

 

Toyota dengan hidrogen bukan baharu dan sudah terlibat selama lebih tiga dekad. Kajian Toyota dalam bidang sel bahan api bermula pada 1992.

Sebelum Mirai, Toyota terlebih dahulu tampil dengan FCHV-1 pada 1996 yang diasaskan dari RAV4 dan menjadi kereta sel bahan api pertama syarikat.

Dari situ Toyota terus berkembang dan Mirai menjadi kereta sel bahan api pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran dan ditawarkan kepada umum.

 

Toyota Portable Hydrogen Cartridge

 

Pada hari ini, teknologi sel bahan api hidrogen bukan sahaja boleh ditemui pada kereta tetapi juga di dalam lori.

Pilihan pelanggan juga bertambah apabila Toyota menawarkan model mewah Crown Sedan FCEV.

Kecekalan dan teknologi yang dimiliki diakui apabila BMW bergandingan dengan Toyota bagi membangunkan teknologi rangkaian kuasa hidrogen sel bahan api untuk model baharu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota Portable Hydrogen Cartridge