Toyota Perkenal RAV4 Serba Baharu Generasi Keenam

oleh Qalif Latif|
Toyota Motor North America mengumumkan pelancaran RAV4 2026 serba baharu. Untuk generasi keenam, SUV kompak paling laris di Amerika ini akan ditawarkan dalam tiga rekaan baharu: Core, Rugged dan Sport termasuk rekaan Woodland yang diperbaharui serta buat pertama kalinya, model RAV4 GR SPORT untuk pasaran A.S.

RAV4

RAV4 Limited

Model PHEV kini menggunakan sistem Plug-in Hybrid baharu dengan bateri berkapasiti tinggi dan pengecas output tinggi, menyokong platform hibrid generasi keenam Toyota. Model HEV pula menerima naik taraf kepada 236 hp (AWD) dan 226 hp (FWD) – naik 23 hp berbanding model FWD petrol lama.

Model PHEV menawarkan sehingga 320 hp gabungan, naik 18 hp berbanding sistem sebelum ini. Pilihan gred juga bertambah kepada empat: SE, XSE, Woodland dan GR SPORT – semuanya AWD standard. Jarak pemanduan elektrik sepenuhnya meningkat kepada sekitar 50 batu (80 km). Model PHEV XSE dan Woodland menyokong pengecasan pantas DC (10% ke 80% dalam 30 minit).

RAV4

RAV4 Woodland

Dibina atas platform TNGA-K, struktur casis kini lebih teguh dengan gam peredam untuk mengurangkan gegaran dan bunyi jalan. Profil badan lebih gagah, lampu belakang LED baharu yang luas, dan spoiler depan belakang membezakan antara gred. Rim dan warna trim juga unik bagi setiap varian.

Rekaan dalaman fokus kepada fungsi dan keselesaan. Kawalan iklim digital kini bersepadu pada skrin sentuh (10.5-inci standard atau 12.9-inci pilihan), bersama kluster meter digital 12.3-inci. Head-Up Display ditawarkan pada model Limited (HEV) dan XSE (PHEV). Sistem audio 6-speaker standard, dan sistem premium JBL 9-speaker pada varian terpilih.

Kemasan tempat duduk termasuk fabrik, SofTex®, atau BRIN•NAUB® microsuede berlubang dengan jahitan berwarna-warni. Model GR SPORT menampilkan logo GR pada tempat duduk dan stereng, bersama pedal sport aluminium dan paddle shifter.

Model RAV4 2026 dijangka akan mula tiba di pengedar Toyota seluruh A.S. pada akhir tahun ini, dan harga akan diumumkan lebih dekat dengan tarikh jualan.

RAV4

Pilihan warna termasuk Urban Rock (eksklusif Woodland), Meteor Shower, Everest, dan Storm Cloud, serta warna sedia ada seperti Ice Cap, Midnight Black Metallic, dan Ruby Flare Pearl. Gaya dua tona seperti Meteor Shower dengan bumbung hitam (XSE) dan Supersonic Red + bumbung hitam (GR SPORT) turut tersedia.

RAV4

Sistem Toyota Audio Multimedia baharu menyokong Apple CarPlay®, Android Auto™, dan Bluetooth dual-phone. Ciri Voice Assistant dipertingkat dengan respons lebih pantas. Navigasi natif kini boleh dipaparkan pada kluster meter digital.

RAV4 juga adalah model pertama menerima Toyota Safety Sense 4.0 (TSS 4.0), dengan keupayaan pengesanan dan perkakasan terkini.


RAV4 GR Sport
RAV4

Red RAV4

RAV4

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, tanpa enjin pembakaran dalaman, tanpa klac sebenar yang mengawal pembakaran, namun masih dengan…
Berita Global
Apa Itu EV V2G (Vehicle-to-Grid) Vehicle-to-Grid atau V2G ialah teknologi yang membolehkan…
Berita Global
Fungsi & Tugas Operasi Kenderaan ini digunakan untuk mengangkut dolly kontena yang membawa…