Toyota pengeluar utama di Jepun untuk tempoh separuh masa pertama 2018

oleh Mohamad Hanif|
Japan Automobile Manufacturers Association (JAMA) mengumumkan jumlah jualan kereta baharu bagi tempoh separuh pertama tahun 2018 menurun sebanyak 4.2% kepada 1,731,358 unit berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika melihat kepada trend pasaran segmen kenderaan penumpang, jumlah tersebut dilihat menurun buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun sebanyak 4.8% kepada 1,501,829 unit manakala segmen kenderaan komersil pula mencatatkan peningkatan sebanyak 0.6% kepada 223,280 unit untuk tahun kedua berturut-turut. 

Pengeluar utama Jepun, Toyota masih mengungguli kedudukan teratas dengan mencatatkan penurunan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 10%, pertama kali di dalam tempoh tiga tahun, turut diikuti oleh Nissan (turun 3.6%) dan tempat ketiga Honda yang mencatatkan penurunan hanya 0.5%. 

Suzuki pula mencatatkan peningkatan jualan di tangga kelima sebanyak 14.0% menewaskan Subaru di tangga keenam.

Berikut merupakan senarai pengeluar kenderaan di Jepun mengikut bilangan jualan kenderaan. 


1. Toyota - 746,007 unit (↓ 10.0%)
2. Nissan  - 237,124 unit (↓ 3.6%)
3. Honda - 199,095 unit (↓ 0.5%)
4. Mazda - 97,099 unit (↑ 7.4%)
5. Suzuki - 68,306 unit (↑ 14.0%)
6. Subaru - 60,429 unit (↓ 22.4%)
7. Isuzu - 36,173 unit (↓ 11.7%)
8. Hino - 35,301 unit (↑ 5.4%)
9. Lexus - 32,912 unit (↑ 49.5%)
10. Mitsubishi Motors - 25,873 unit (↑ 32.1%)
11. Mitsubishi Fuso - 21,641 unit (↑ 1.3%)
12. Daihatsu - 15,632 unit (↑ 37.3%)
13. UD Tracks - 4683 unit (↓ 8.9%)

Sumber: Response JP