Toyota pastikan EV pertama mereka selamat, tahan lama untuk pengguna

oleh Mohamad Hanif|
Umum mengetahui pengeluar automotif gergasi Jepun, Toyota merupakan antara yang lambat memperkenalkan model kenderaan elektrik mereka, berbanding jenama pesaing seperti Volkswagen dan juga Renault.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebuah jenama yang sinonim dengan produk yang tahan lasak dan andal, Toyota tetap mahukan produk EV pertama mereka tahan, lebih dipercayai dan diyakini penggunaannya.

Bercakap kepada Reuters, pengurus projek Toyota Masaya Yamamoto menjelaskan, "kami mahu mengimbangkan tiga faktor utama: Jarak pemanduan, tahap kemerosotan bateri serta kelajuan pengecasan.
 

EBV


Disebabkan BEV kebiasaannya mengambil masa yang agak lama untuk dicas, penggunaan pengecasan pantas dengan lebih kerap mampu mengakibatkan sel bateri memanas, dan menyumbang kepada kemerosotan prestasi bateri.

Ini sekaligus mampu mengakibatkan jarak operasi yang semakin pendek, dan menyebabkan nilai jualan semula yang rendah.
 

bZ4X


Menurut Toyota, bateri EV yang dibangunkan bersama Panasonic itu mengandungi bahan penyejuk khas yang tidak mengalirkan elektrik, malah pek bateri mempunyai struktur khusus bagi mengasingkan sel dan penyejuk sekiranya berlaku kebocoran sekaligus mengelakkan kebakaran seperti yang pernah terjadi pada model-model keluaran GM dan juga Hyundai.

Dengan adanya teknologi itu (bersama inovasi yang lain), Toyota mendakwa bateri EV baharu ini mampu mengekalkan lebih daripada 90 peratus kapasiti walaupun selepas satu dekad berlalu.

Toyota akan mula menjual model SUV bZ4X di Jepun menjelang pertengahan tahun 2022, dengan sasaran 3.5 juta jualan BEV menjelang 2030.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…