Toyota pasang modul sel bahan api untuk kegunaan trak di kilang Kentucky bermula 2023

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk menawarkan alternatif kepada kenderaan elektrik, Toyota akan mula memasang modul sel bahan api di kilang Kentucky bermula tahun 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebuah barisan produksi akan dibangunkan di Toyota Motor Manufacturing Kentucky (TMMK) di Georgetown untuk memasang modul sel bahan api berkembar bagi kegunaan trak komersial tugas berat berkuasa hidrogen.

Modul berkembar itu memiliki berat sekitar 635 kg dan berkeupayaan untuk menghasilkan kuasa setinggi 215 hp.

Modul sel bahan api itu itu merupakan sebahagian daripada kit yang bakal dipasang oleh TMMK yang turut merangkumi bateri bervoltan tinggi, motor elektrik, transmisi, serta storan hidrogen.

Menurut laporan daripada Auto News, wakil Toyota mengesahkan modul sel bahan api itu direka untuk dimuatkan pada ruang enjin trak semi Class 8.
 

FCEV


Presiden dan Ketua Eksekutif Toyota Amerika Utara, Tetsuo Ogawa menjelaskan, "pengeluar trak tugas berat kini mempunyai pilihan untuk mendapatkan sistem sel bahan api terintegrasi sebagai alternatif kenderaan sifar emisi di dalam segmen trak tugas berat Class 8.

"Sistem sel bahan api generasi kedua ini mampu menawarkan jarak perjalanan sejauh 482 km dengan muatan penuh sehingga 36,287 kg dengan operasi yang senyap, dan tidak mencemarkan alam sekitar," tambahnya lagi.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengambil kesempatan terhadap kelewatan Tesla, Hyundai Motor Company mensasarkan untuk…