Toyota panggil semula 3.4 juta kereta; beg udara tidak berfungsi

oleh SALINA JALIL|
Reuters melaporkan bahawa Toyota Motor Corp di Amerika Syarikat akan memanggil semula 3.4 juta kenderaan di seluruh dunia kerana berlaku kerosakan elektronik yang boleh menyebabkan beg udara tidak berfungsi ketika kemalangan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Tindakan itu turut membabitkan 2.9 juta kenderaan di Amerika Syarikat (AS), merangkumi model Corolla 2011-2019, Matrix 2011-2013, Avalon 2012-2018 dan Avalon Hybrid 2013-2018.

 

Kenderaan itu berkemungkinan mempunyai unit kawalan elektronik yang tidak mempunyai perlindungan mencukupi terhadap hingar elektrik yang boleh berlaku dalam kemalangan, membawa kepada penggunaan beg udara tidak lengkap.

Ia juga boleh menghalang operasi pengatur tali pinggang keselamatan.

 

Pada April, Pentadbiran Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan AS (NHTSA) menjalankan penyelidikan ke atas 12.3 juta beg udara yang berpotensi tidak berfungsi merangkumi sejumlah pengeluar kenderaan, termasuk Toyota.

 

NHTSA berkata, pihaknya mengenal pasti dua kejadian kemalangan, termasuk satu kemalangan maut yang membabitkan model Corolla Toyota.

 

NHTSA berkata, beg udara yang disiasat dipasang di lebih daripada 12 juta kenderaan dari 2010 hingga 2019 yang dijual oleh Toyota, Fiat Chrysler Automobiles NV, Honda Motor Co, Hyundai Motor Co, Kia Motors Corp dan Mitsubishi.

 

Secara keseluruhannya, NHTSA berkata sebanyak lapan kematian boleh dikaitkan dengan isu berkenaan.

 

Hyundai, Kia dan Fiat Chrysler sebelum ini memanggil semula lebih daripada 2.5 juta kenderaan dengan unit kawalan beg udara yang dikeluarkan TRW Automotive Holdings Corp, yang mungkin tidak digunakan dalam kemalangan.

 

Hyundai dan Kia memanggil semula lebih daripada sejuta kenderaan ekoran kebimbangan beg udaranya pada 2018.

 

Hyundai dan Kia pada 2018 berkata, mereka mempunyai laporan mengenai empat kematian dan enam kecederaan di Amerika Utara yang berkait dengan isu itu.

 

 

Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…